Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
184) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah skim-skim dalam Inisiatif Peduli Rakyat yang boleh diberi nilai tambah supaya ia berbaloi dari segi kos yang dibelanjakan serta mencapai objektif?
Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memastikan keperluan dan kebajikan setiap peringkat umur rakyat di Negeri Selangor terbela. Program IPR telah terbukti berjaya menarik perhatian dan penerimaan ramai rakyat Selangor sejak dilancarkan pada tahun 2008. Tahun demi tahun, peratusan penerima bantuan meningkat selaras dengan perkembangan setiap program yang diperkenalkan bagi membantu golongan yang kurang mampu di Negeri Selangor.
Dalam memastikan program-program IPR ini sentiasa berjalan dengan lancar dan berkesan, Kerajaan Negeri senantiasa mengambil inisiatif dalam aspek untuk membuat penambahbaikan terhadap program-program IPR dan mengalu-alukan sebarang cadangan nilai tambah kepada program IPR untuk dipertimbangkan dalam memastikan objektif program IPR dapat dicapai dan disampaikan kepada kumpulan sasar yang tepat.
Secara keseluruhan, program-program yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dilihat berupaya membantu golongan yang memerlukan untuk menerima manfaat yang mana seterusnya akan menghasilkan impak positif dan berkesan terhadap kesejahteraan rakyat secara berterusan. Program-program IPR ini juga membantu di dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup yang sentiasa meningkat.