Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

21) INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan mengikut program-program IPR sejak 2008 di bawah kerajaan dan GLC masing-masing.

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah kos yang besar bagi Program IPR dari tahun 2008 sehingga kini. Namun begitu, Kerajaan Negeri sangat optimis bahawa program yang diperkenalkan ini mampu memberi impak yang optima kepada setiap penerima manfaat berdasarkan kepada penerimaan rakyat terhadap program sehingga kini. Jumlah perbelanjaan dan kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga 2017 adalah sebanyak RM2,551,035,106.94. Butiran perbelanjaan bagi setiap program adalah seperti Jadual 1 di

    Jadual 1: Jumlah Perbelanjaan Setiap Program IPR Sehingga Tahun 2017

    NO. PROGRAM PERBELANJAAN
    1 Smart Selangor Food Stamp 3,945,200.00
    2 Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang 8,321,616.00
    3 Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) 27,223,908.24
    4 Program Pemberian Bantuan Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan 38,983,500.00
    5 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan 10,234,584.10
    6 Program    Kemahiran   Teknikal    –    INPENS          International College 27,265,159.87
    7 Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) 1,524,722.29
    8 Bas Smart Selangor 42,500,000.00

     

    NO. PROGRAM PERBELANJAAN
    9 Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pertama 1,354,206,738.00
    10 Latihan Usahawan IT (SITEC) 1,638,326.95
    11 Program Mentor Kraf 19,997.00
    12 Skim Peduli Sihat 11,330,122.50
    13 Panel Dialisis Sihat Selangor 6,661,093.84
    14 Bantuan Sihat Selangor 3,115,124.48
    15 Saringan Sihat Selangor (3S) 600,600.00
    16 Pengecualian Cukai Pintu dan Fi Lesen 133,052,497.00
    17 Hadiah Pengajian IPT 61,474,000.00
    18 Bantuan Sara Diri Anak Selangor 1,791,200.00
    19 Program Khas Peduli Siswa 4,112,936.29
    20 Program Khas Biasiswa Selangorku 3,452,343.82
    21 Biasiswa Khas Sagong Tasi 22,921.00
    22 Program Khas Selangor Brain Bank 12,124.97
    23 Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa) 25,849,319.89
    24 Program Tuisyen Rakyat Selangor 3,202,326.66
    25 Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 21,440,000.00
    26 Tuisyen Online 4,000,000.00
    27 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    28 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) 2,951,190.00
    29 Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 223,756,500.00
    30 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) 4,914,961.85
    31 Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 19,004,282.00
    32 Insentif Perkahwinan Belia 22,379,900.00
    33 Skim Hijrah Selangor 339,047,500.00
    34 Wifi Smart Selangor 24,954,440.69
    35 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) 14,922,949.90
    36 Skim Smart Sewa 17,162,192.50
    37 Skim DanaSel 4,956,000.00
    38 Skim Rumah Selangorku
    39 Skim Ceria (Mengecat Rumah, baiki lif) 84,000,000.00
    40 PROGRESS 4,926,244.00
    41 Nusantara Audiobook 482,935.00
    42 Perpustakaan Bergerak Smart Selangor 1,750,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (RM) 2,557,189,458.84

     

  2. Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan untuk program jom shopping.

    Program Pemberian Bantuan Secara Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping merupakan program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri secara tahunan sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan. Ianya merupakan program bantuan bersempena tiga (3) perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali di mana setiap keluarga yang kurang berkemampuan akan membuat pembelian barangan keperluan bernilai RM100 di pasar raya terpilih. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

    Berdasarkan rekod, bermula daripada tahun 2012 hingga 12 Mac 2018, jumlah perbelanjaan bagi program ini adalah sebanyak RM41,644,800.00. Pecahan jumlah perbelanjaan program dan jumlah penerima manfaat mengikut perayaan dan tahun adalah seperti jadual berikut:-

     

    BIL.

     

    PERAYAAN

    JUMLAH PENERIMA MANFAAT JUMLAH PERBELANJAAN
    TAHUN 2012
    1. Hari Raya Aidilfitri 56,000 orang RM2,394,000.00
    2. Deepavali 39,200 orang RM1,764,000.00
    JUMLAH KECIL 95,200 orang RM4,158,000.00
    *Nota : Bantuan bagi tahun 2012 adalah berbentuk hamper barangan keperluan
    TAHUN 2013
     

    1.

     

    Tahun Baru Cina

     

    16,800 orang

    RM840,000.00

     

    *Nota : Wang tunai bernilai RM50

    2. Hari Raya Aidilfitri 28,000 orang RM2,800,000.00
    3. Deepavali 16,800 orang RM1,680,000.00
    JUMLAH KECIL 61,600 orang RM5,320,000.00

     

     

    BIL.

     

    PERAYAAN

    JUMLAH PENERIMA MANFAAT JUMLAH PERBELANJAAN
    TAHUN 2014
    1. Tahun Baru Cina 22,400 orang RM2,240,000.00
    2. Hari Raya Aidilfitri 25,753 orang RM2,575,300.00
    3. Deepavali 16,951 orang RM1,695,100.00
    JUMLAH KECIL 65,104 orang RM6,510,400.00
    TAHUN 2015
    1. Tahun Baru Cina 20,781 orang RM2,078,100.00
    2. Hari Raya Aidilfitri 28,774 orang RM2,877,400.00
    3. Deepavali 17,350 orang RM1,735,000.00
    JUMLAH KECIL 66,905 orang RM6,690,500.00
    TAHUN 2016
    1. Tahun Baru Cina 26,229 orang RM2,622,900.00
    2. Hari Raya Aidilfitri 31,363 orang RM3,136,300.00
    3. Deepavali 22,344 orang RM2,234,400.00
    JUMLAH KECIL 79,936 orang RM7,993,600.00
    TAHUN 2017
    1. Tahun Baru Cina 26,209 orang RM2,620,900.00
    2. Hari Raya Aidilfitri 34,081 orang RM3,408,100.00
    3. Deepavali 22,820 orang RM2,282,000.00
    JUMLAH KECIL 83,110 orang RM8,311,000.00

     

     

    BIL.

     

    PERAYAAN

    JUMLAH PENERIMA MANFAAT JUMLAH PERBELANJAAN
    TAHUN 2018
    1. Tahun Baru Cina 26,613 orang RM2,661,300.00
    2. Hari Raya Aidilfitri *Program belum dilaksanakan
    3. Deepavali *Program belum dilaksanakan
    JUMLAH KECIL 26,613 orang RM2,661,300.00
     

    JUMLAH KESELURUHAN

    (sehingga 12 Mac 2018)

     

    478,468 orang

     

    RM41,644,800.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.