Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
47) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan maklumat-maklumat terkini kesemua program Inisiatif Peduli Rakyat di bawah Kerajaan Negeri Selangor termasuk jenis IPR (apakah perubahan polisi Kerajaan Selangor sekiranya ada?), kelayakan memohon
Untuk makluman Yang Berhormat, senarai IPR Selangor adalah seperti di lampiran I.
-
Apakah program IPR yang tidak lagi diteruskan mulai tahun 2019?
Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor.
Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti berikut:
- Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
- Penekanan kepada program-program kesedaran; dan
- Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.
Berdasarkan cadangan daripada Persidangan Pengendali IPR Selangor pada 25 hingga 26 Februari 2019, kesemua 43 Program IPR akan dijajarkan kepada 3 kategori utama iaitu seperti berikut :
- Diteruskan Seperti Sedia ada yang merangkumi 20 Program IPR;
- Diteruskan Dengan Pindaan yang merangkumi 14 Program IPR; dan
- Diteruskan Dengan Kolaborasi IPR Sedia Ada yang merangkumi 9 Program IPR
(Maklumat lanjut adalah seperti di lampiran II)