Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

155) INISIATIF NEGERI SELANGOR KE ARAH PERANCANGAN FIRST-MILE LAST-MILE

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan masalah first-mile dan last-mile untuk pengguna kemudahan awam?

    Konsep First Mile dan Last Mile atau perbatuan pertama dan terakhir merupakan langkah bagi memastikan kesalinghubungan antara pelbagai kemudahan pengangkutan awam dapat dicapai serta memudahkan perancangan pengguna untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Antara inisiatif-inisiatif yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menjayakan konsep First Mile dan Last Mile ini adalah seperti berikut:

    • Penetapan kriteria laluan Bas Smart Selangor yang perlu mempunyai connectivity dengan sistem pengangkutan awam yang lain seperti MRT, LRT, BRT dan komuter;

     

    • Menyediakan lebih banyak laluan basikal bagi menggalakkan masyarakat untuk berbasikal atau menggunakannya sebagai mod pengangkutan alternatif yang lebih mudah dan dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya, seterusnya mengurangkan kesesakan lalulintas. Bagi memastikan laluan basikal tersedia, Kerajaan Negeri telah menetapkan Petunjuk Prestasi (Key Performance Index – KPI) kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyediakan lebih banyak laluan basikal iaitu 15-kilometer laluan basikal bagi PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran dan 10-kilometer bagi PBT bertaraf Daerah; dan

     

    • Penambahbaikan terhadap capaian kemudahan pengangkutan awam dengan mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan raya seperti inisiatif perkhidmatan penyewaan kereta secara digital iaitu menggunakan applikasi pintar seperti SoCar yang terdapat di kawasan-kawasan bandar seperti Subang

    Kerajaan Negeri juga sentiasa melihat perkembangan-perkembangan terbaru yang dapat memudahkan perhubungan sistem pengangkutan awam di negeri ini sebagai langkah menjadikan konsep First Mile Last Mile yang reliable dan berkesan dalam memberi impak terhadap penggunaan pengangkutan awam di Negeri Selangor selaras dengan sasaran Kerajaan untuk mencapai nisbah 60 peratus penggunaan pengangkutan awam berbanding 40 peratus kenderaan persendirian di jalan raya menjelang tahun 2035.

Lampiran

Tiada Lampiran.