Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
118) INISIATIF MES
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan maksud inisiatif dan bentuk program yang bertepatan dengan inisiatif MES: i) Kebajikan anak Selangor ii) Meringankan kos sara hidup iii) Mengiktiraf kecemerlangan iv) Bantuan kematian v) Penerapan budaya usahawan, dan vi) Menyediakan pusat krisis sehenti (osc).
Kebajikan anak Selangor
Kebajikan anak Selangor adalah sangat penting bagi Kerajaan Negeri Selangor. Justeru
itu, program-program yang dapat memberi kebajikan kepada anak Selangor telah
diwujudkan seperti Program Hadiah Anak Masuk Universiti di mana Kerajaan Negeri
akan memberikan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di
Institusi Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Ini bertujuan
untuk memberi kemudahan dan menampung keperluan semasa bakal pelajar apabila
mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi nanti.
Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) juga diwujudkan bagi memberi
kebajikan kepada rakyat Selangor dengan memberi perlindungan insurans sehingga
berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua anak Selangor ini berpeluang menerima
RM1,500 seorang hasil caruman di dalam pelaburan ini.
ii) Meringankan kos sara hidup
Seperti yang kita sedia maklum, taraf hidup akan semakin meningkat selari dengan
keadaan ekonomi semasa dunia. Oleh itu, program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter
Padu diwujudkan bagi membolehkan rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter
individu terus menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu. Kerajaan negeri
berusaha meneruskan program air percuma ini kerana ia ternyata membantu
mengurangi beban kewangan rakyat dalam perbelanjaan utiliti yang semakin meningkat.
iii) Mengiktiraf kecemerlangan
Program Hadiah Anak Masuk Universiti juga boleh diklasifikasikan sebagai program
yang dapat mengiktiraf kesemerlangan rakyat Negeri Selangor kerana pemberian
hadiah RM1,000 merupakan satu penghargaan kepada bakal pelajar yang berjaya
mendapatkan tempat di Intitusi Pengajian Tinggi.
iv) Bantuan kematian
Salah satu program yang memberi bantuan kematian kepada rakyat Negeri Selangor
adalah Program Skim Mesra Usia Emas. Ia bertujuan bagi membantu mengurangi
beban kewangan waris warga emas di Negeri Selangor untuk memastikan agar setiap
warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi penghargaan dan penghormatan
yang terbaik dan berpatutan.
v) Penerapan budaya usahawan
Bagi menjayakan inisiatif penerapan usahawan ini, program-program seperti Bantuan
Kepada Peniaga Muda dan Bimbingan Perniagaan Kepada Belia akan diwujudkan bagi
membantu membimbing usahawan-usahawan muda memulakan perniagaan mereka.
Program-program ini bakal dilaksanakan dalam Fasa 2 mengikut kesesuaian masa yang
akan ditetapkan.
vi) Menyediakan pusat krisis sehenti (OSC)
Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) diwujudkan bertujuan untuk membantu
golongan wanita dan kanak-kanak khususnya bagi kes-kes seperti rogol, liwat,
keganasan rumah tangga, penderaan dan sebagainya. Pusat ini bertindak sebagai first
respondent/point of contract bagi kes-kes yang dinyatakan di atas. Terdapat 6 buah
Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di Hospital Ampang, Hospital
Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital
Kajang. -
Adakah program-program MES seperti caruman takaful bagi OKU/anak yatim, bantuan kepada peniaga muda, bimbingan perniagaan kepada belia, bantuan anak ke nurseri dan anak pra sekolah serta bantuan mendirikan rumah tangga, elaun ibu tunggal dan suri rumah dan bantuan memiliki kediaman telah dilaksanakan?
Program MES bagi fasa pertama sudah dilaksanakan dengan jayanya. Programprogram tersebut adalah:
i) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
ii) Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3
)
iii) Hadiah Anak Masuk Universiti
iv) Skim Mesra Usia Emas
v) Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral
vi) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
vii) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
Program-program MES seperti caruman takaful bagi OKU / anak yatim, bantuan kepada
peniaga muda, dan sebagainya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa
seperti berikut:
Fasa 2:
i) Cuti Bersalin 90 Hari
ii) Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari
iii) Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
iv) Caruman Takaful Bagi OKU / Anak Yatim
v) Bantuan Kepada Peniaga Muda
vi) Bimbingan Perniagaan Kepada Belia
Fasa 3:
i) Bantuan Anak Pra-Sekolah RM50 sebulan/orang
ii) Bantuan Anak ke Nurseri RM75 sebulan/orang
Fasa 4:
i) Bantuan Mendirikan Rumah Tangga
ii) Bantuan Memiliki Kediaman
iii) Elaun Ibu Tunggal
iv) Elaun Khas Suri Rumah