Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

207) INISIATIF MENJADIKAN DEWAN BLOK S DI SUNGAI BURONG SEBAGAI SEBAHAGIAN SUMBER PENDAPATAN NEGERI & MASYARAKAT SETEMPAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan Dewan Blok S di Sungai Burong sebagai sebahagian sumber pendapatan negeri dan masyarakat setempat?

    Dewan Blok S di Sungai Burong yang terletak di Jalan Lintang Ban 3 Tali Air 2, Kampung Parit 2 mempunyai kemudahan pentas, gelangang badminton / sepak takraw, tandas dan perkarangan yang luas. Namun ia memerlukan peruntukan untuk dibaikpulih bagi kegunaan masyarakat setempat dengan selesa. Kekerapan penggunaan dewan ini adalah rendah. Kerajaan Negeri adalah terbuka sekiranya ada masyarakat yang ingin memohon lesen atau pajak tanah untuk diusahakan. Kawasan persekitaran juga boleh dijadikan pusat jualan dan program-program berkaitan inisiatif usahawan tempatan bagi menjana pendapatan masyarakat setempat yang berminat.

  2. Adakah boleh untuk pejabat Ahli Dewan Negeri Sungai Burong memanfaatkannya atau apakah prosedur-prosedur yang perlu dibuat untuk pejabat Ahli Dewan Negeri Sungai Burong memanfaatkannya?

    Kerajaan Negeri tiada halangan bagi pejabat Ahli Dewan Negeri Sungai Burong memanfaatkan atau menggunakan Dewan Blok S, Sungai Burong bagi sebarang program dengan syarat program- program yang berkenaan bukan bagi tujuan politik atau program berunsurkan politik. Permohonan penggunaan dewan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Lampiran

Tiada Lampiran.