Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
248) INISIATIF MENGESAN DAN MEMVAKSIN WARGA ASING
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam mengesan dan mengvaksin warga asing di bawah Selangor, terutamanya mereka yang tidak berdokumen?
Pertumbuhan ekonomi negeri Selangor yang berkembang pesat sejak kebelakangan ini adalah turut disumbangkan oleh keringat dan tenaga oleh warga asing, sama ada mereka yang berdokumen atau sebaliknya. Menyedari hakikat ini dan kepentingan bagi melindungi golongan tersebut daripada ancaman Covid-19, pelaksanaan Program Vaksin Selangor (SelVAX) turut dibuka kepada warga asing sama ada melalui SelVAX Industri atau Komuniti. Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan bagi menggalakkan warga asing termasuk tidak berdokumen bagi mendapatkan vaksinasi.
-
Adakah terdapat kempen khusus bagi promosi pemvaksinan terhadap warga asing tanpa dokumen supaya mereka rasa selamat untuk hadir menerima vaksin?
Antara aktiviti promosi dan kempen bagi menggalakkan golongan warga asing tanpa dokumen mendapatkan vaksin adalah seperti berikut:
- Hebahan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tentang program vaksinasi bagi penduduk bukan warganegara yang masih belum mendapat vaksinasi menerusi wakil-wakil penduduk;
- Mendapatkan bantuan wakil penduduk bagi memperolehi senarai bukan warganegara untuk tujuan program vaksinasi di klinik kesihatan kerajaan atau secara outreach oleh pasukan outreach PKD dan badan bukan kerajaan (NGO);
- Hebahan melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp; dan
- Kerjasama dengan pihak NGO seperti IMARET (IMAM Response & Relief Team) dan MERCY Malaysia (Malaysian Medical Relief Society) untuk pemberian vaksin kepada penduduk bukan warganegara termasuk pelarian UNHCR Malaysia (United Nations High Commissioner for Refugees Malaysia) di klinik yang dikendalikan oleh NGO atau secara outreach oleh MRCS (Malaysian Red Crescent)