Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

29) INISIATIF KESIHATAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan inisiatif kesihatan awam disampaikan kepada warga Selangor agar status kesihatan dan kualiti kehidupan mereka ditingkatkan?

    Kesihatan yang baik mampu meningkatkan tahap kualiti dan taraf hidup, seperti dengan ungkapan yang biasa kita dengar iaitu health is wealth. Justeru itu, pelaksanaan pelbagai inisiatif kesihatan oleh Kerajaan Negeri mencakupi saringan awal, rawatan asas, vaksinasi, nutrisi kepada kanak-kanak, rawatan kanser dan jantung malah turut meliputi penjagaan kesihatan mental membuktikan iltizam Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan rakyat dalam aspek kesihatan.

     

    Kerajaan Negeri sedar bahawa semua inisiatif ini tidak bermakna jika rakyat sendiri tidak menerima info atau hebahan berkaitan bantuan yang ditawarkan. Oleh yang demikian, beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan bagi memastikan info berkenaan inisiatif tersebut sampai kepada rakyat, seperti berikut:

     

    1. Promosi kesihatan di setiap DUN atau daerah dengan melibatkan kerjasama komuniti setempat seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dan ketua komuniti;

     

    1. Jalinan kerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui Unit Promosi Kesihatan; dan

     

    1. Penggunaan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram selari dengan revolusi teknologi semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.