Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
254) INISIATIF KERAJAAN NEGERI UNTUK BAIK PULIH JALAN YANG ROSAK BAGI KAWASAN PERUMAHAN BERSTRATA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk baik pulih jalan yang rosak bagi kawasan perumahan berstrata bagi tahun 2020 -2023? Berikan senarai bagi kawasan MPKj.
Pihak MPKj melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan ingin memaklumkan bahawa sebelum tahun 2020, terdapat peruntukan yang disediakan bagi tujuan baik pulih jalan yang rosak bagi kawasan perumahan berstrata melalui peruntukan MARRIS. Walau Bagaimanapun, pihak jabatan dimaklumkan bahawa tiada peruntukan baik pulih jalan selepas tahun 2020 sehingga kini.
Selain itu, tiada kawasan perumahan strata di bawah pentadbiran MPKj yang menerima peruntukan bantuan baik pulih jalan sepanjang tahun 2020-2023.