Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

381) INISIATIF KERAJAAN NEGERI KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah pembiayaan kerajaan dan jumlah penerima manfaat bagi semua inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 sehingga 2024.

    Bagi tahun 2020, seramai 1,045,482 rakyat telah menerima manfaat Kerajaan Negeri menerusi perbelanjaan program sebanyak RM366,387,802. Manakala bagi tahun 2021, sebanyak RM323,843,994 telah dibelanjakan untuk program-program pemberdayaan rakyat yang telah dinikmati oleh 1,063,078 rakyat. Tahun 2022 pula, sebanyak RM376,208.83 telah dimanfaatkan oleh 1,148,731, dan pada tahun 2023, RM437,576,113 telah berjaya dimanfaatkan oleh 1,494,597 warga Selangor. Kesemua jumlah ini tidak melibatkan angka warga yang menaiki Bas Smart Selangorku yang merupakan satu lagi program negeri bagi mengukuhkan pengangkutan awam. Sehingga bulan Mei 2024, sebanyak RM64,098,800 telah disalurkan dan dimanfaatkan oleh 818,366 warga Selangor menerusi program-program Iltizam Selangor Penyayang.

Lampiran

Tiada Lampiran.