Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas Tahun 2025
7 Julai 2025 Hingga 11 Julai 2025 Dan 14 Julai 2025 Hingga 18 Julai 2025
77) INISIATIF KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramai penerima bantuan kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas dan Iltizam Anak Selangor dalam DUN Sementa sejak 2021 - 2024?
- Bermula dari tahun 2021 sehingga 2024, seramai 2,958 penerima manfaat di bawah program Skim Mesra manakala 945 adalah penerima manfaat Iltizam Anak Selangor yang direkodkan dibawah DUN Sementa:
PROGRAM
JUMLAH AHLI Skim Mesra 2,958
Iltizam Anak Selangor (ANAS)
945 -
Apakah indikator keberkesanan agihan ini?
Keberkesanan agihan ini dapat dilihat berdasarkan kadar penebusan baucar Skim Mesra bagi satu-satu DUN dan jumlah perbelanjaan peruntukan yang telah ditetapkan bagi program.