Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
203) INISIATIF KEPADA PELAJAR PERINGKAT SARJANA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban kewangan para pelajar anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi dalam negara?
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memberikan pendidikan yang terbaik untuk warga Selangor di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Buat masa ini terdapat beberapa pinjaman dan biasiswa ditawarkan kepada anak-anak Selangor seperti berikut:
- Program Khas Selangor BITARA – iaitu program penuh yang diperkenalkan untuk diberikan kepada pelajar yang layak sehingga ke peringkat Doktor Falsafah
- Program Kakitangan Awam – program ini menawarkan Biasiswa kepada kakitangan awam tetap dan kontrak untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Tabung Pendidikan Anak-anak dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor – Faedah kakitangan dan tanggungjawab sosial korporat yang menawarkan bantuan pendidikan dalam bentuk dermasiswa, insentif kecemerlangan akademik dan biasiswa yang hanya ditawarkan untuk warga kerja anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak mereka yang cemerlang di dalam bidang akademik.
-
Apakah wujud biasiswa atau pinjaman khusus kepada anak-anak Selangor bagi membantu menampung kos pengajian peringkat sarjana?
Program Khas Selangor BITARA menawarkan biasiswa kepada anak-anak Selangor sehingga ke peringkat pengajian Sarjana. Program Khas Selangor BITARA iaitu biasiswa penuh telah diperkenalkan untuk diberikan kepada pelajar yang layak iaitu yang mengambil peringkat sarjana di Universiti ke-100 terbaik dunia mengikut bidang.