Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

75) INISIATIF DAN SOKONGAN PENDIDIKAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur teknologi dan makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membolehkan pelajar celik teknologi?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor ambil maklum keprihatinan Ahli Yang Berhormat berkaitan isu infrastruktur teknologi dan makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membolehkan pelajar celik teknologi.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JPN Selangor telah melaksanakan dua (2) inisiatif utama melibatkan dana yang bernilai RM128,781,951.79 bagi pelaksanaan projek untuk tempoh bermula tahun 2021 hingga 2029.  Berikut adalah perinci projek berkaitan inisiatif ICT :

    1. Infrastruktur Perkhidmatan Internet

    Pembekalan perkhidmatan internet kepada semua sekolah di bawah JPN Selangor telah disediakan secara kontrak berpusat bermula 2019 hingga Jun 2024 melibatkan tiga (3) lokasi utama iaitu Pejabat, Bilik Guru dan Makmal Komputer. Kesinambungan perkhidmatan ini telah dibuat di peringkat JPN Selangor bermula Julai 2024 melibatkan 927 sekolah dan 2,583 talian dengan dana bernilai RM4,500,231.79.

    2. Perkakasan ICT Makmal Komputer

    Pembekalan perkakasan makmal komputer telah dilaksanakan melalui kontrak berpusat secara berfasa (2021 – 2029) bagi melengkapkan keperluan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) makmal komputer sekolah. Berikut adalah perincian maklumat perkakasan ICT Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) makmal komputer bagi sekolah-sekolah di bawah JPN Selangor:-

    a) PdP Fasa 1 (15 Disember 2021 hingga 14 Mei 2027)

    Pembekalan di bawah PdP Fasa 1 melibatkan pembekalan kepada 303 sekolah dengan keseluruhan jumlah peralatan sebanyak 7,272 unit iaitu 6,363 unit komputer riba, 303 unit pencetak multifunction, 303 projektor dan 303 charging cart.

    b) PdP Fasa 2 (30 November 2022 hingga 29 April 2028)

    Pembekalan di bawah PdP Fasa 2 melibatkan pembekalan kepada 345 sekolah dengan keseluruhan jumlah peralatan sebanyak 8,245 unit iaitu 7,230 unit komputer riba, 339 unit pencetak multifunction, 336 projektor dan 340 charging cart.

    c) PdP Fasa 3 (26 Oktober 2023 hingga 25 Mac 2029)

    Pembekalan di bawah PdP Fasa 3 melibatkan pembekalan kepada 311 sekolah dengan keseluruhan jumlah peralatan sebanyak 7,481 unit iaitu 6,544 unit komputer riba, 313 unit pencetak multifunction, 313 projektor dan 311 charging cart.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya, peralatan yang telah dibekalkan kepada makmal komputer adalah sebanyak 22,998 unit dalam tempoh 2021 hingga 2029 dengan dana bernilai RM124,281,720.00 untuk sekolah-sekolah di bawah JPN Selangor. Pembekalan secara berfasa ini sentiasa dilaksanakan mengikut keperluan dan perancangan daripada KPM. Terkini, projek PdP Fasa 4 telah dimulakan melibatkan cadangan sebanyak 7,481 peralatan.

    JPN Selangor sentiasa komited dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan infrastruktur teknologi dan makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membolehkan pelajar celik teknologi.

  2. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan pelajar OKU mendapat sokongan yang mencukupi dari segi infrastruktur, teknologi, dan tenaga pengajar yang terlatih?

    JPN Selangor ambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan sokongan yang mencukupi kepada pelajar OKU dari segi infrastruktur, teknologi, dan tenaga pengajar yang terlatih.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JPN Selangor telah melaksanakan tindakan seperti yang berikut:

    1. PEMBEKALAN PERALATAN DAN BAHAN SOKONGAN PENDIDIKAN KHAS
    • Sebanyak 1440 peralatan dan bahan sokongan pendidikan khas tahun 2023 telah dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Khas ke 170 buah sekolah yang melibatkan 10,000 MBPK di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI), Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Selangor, Sekolah Pendidikan Khas Selangor dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam pada Disember 2023 yang melibatkan kos sebanyak RM 2,795476.30. Perincian peralatan dan bahan sokongan pendidikan khas tahun 2023 tersebut adalah seperti berikut :

    • Sebanyak 19 peralatan dan bahan sokongan pendidikan khas tahun 2024 telah dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Khas kepada enam (6) buah Sekolah Program Pndidikan Khas pada Ogos 2024 seperti perincian berikut:

    • JPN Selangor telah menyelaraskan peruntukan dan menyalurkan Waran Peruntukan Kecil (WPK) kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam bagi tujuan perolehan dua (2) peralatan dan bahan sokongan pendidikan khas iaitu komputer riba dan Elektronic Handheld Magnifier ke SK Seri Mawar bagi tujuan keperluan dua orang murid ketidakupayaan penglihatan (BL) dengan amaun sebanyak RM 10,000 pada Ogos 2024.

      RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMKe-12)

      • Sebanyak 29 buah sekolah (Rolling Plan 1- Rolling Plan 4) dengan peruntukan sebanyak RM 11,620,000.00 (Ringgit Malaysia 11 juta 620 ribu) telah menerima projek naik taraf bilik darjah menjadi bengkel kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang memberi manfaat kepada 2 758 orang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
      • Peruntukan ini telah digunakan untuk kerja menaik taraf dan perolehan peralatan ICT, perabot serta peralatan bengkel.

        iii. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN KHAS

         

        • Seramai 165 orang guru bukan opsyen yang mengajar pendidikan khas telah mengikuti Kursus Asas Pendidikan Khas pada 10-12 Jun 2024 (Fasa 1) dan 09-11 September 2024 (Fasa 2). Kursus Asas Pendidikan Khas merupakan kursus yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru bukan opsyen yang mengajar di program pendidikan khas dan melayakkan guru tersebut menerima elaun mengajar murid berkeperluan pendidikan khas. Kursus ini juga turut memberi pendedahan asas kepada guru-guru dalam mengendalikan murid berkeperluan pendidikan khas dalam sesi pembelajaran. Kursus Asas Pendidikan Khas dianjurkan dan ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melibatkan kos sebanyak RM 25000.

         

        • Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPN Selangor ingin merakamkan sekalung penghargaan di atas keprihatinan dan kerjasama erat antara Sektor Pendidikan Khas dan Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) kerana membiayai beberapa kursus atau bengkel untuk guru pendidikan khas sekolah menengah dan rendah sepanjang Tahun 2024. Kursus peningkatan profesionalisme kepada guru – guru pendidikan khas di negeri Selangor yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Antara kursus yang telah dijalankan ialah Bengkel Pemerkasaan Guru Kemahiran Program Pendidikan Khas Integrasi di mana kursus ini memantapkan kemahiran dan kefahaman kepada guru pendidikan khas yang mengajar kemahiran yang melibatkan 60 orang guru pendidikan khas. Manakala Bengkel Kemahiran Mengurus Tingkahlaku Pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kepada Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah adalah bertujuan memantapkan kemahiran guru mengurus tingkah laku MBPK khususnya yang berkefungsian rendah, menyesuaikan kaedah mengajar berdasarkan tahap keupayaan MBPK dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran MBPK.

         

        Sebanyak 41 bengkel perkongsian ilmu berkaitan pendidikan khas dan latihan pengurusan MBPK telah dilaksanakan oleh Pegawai Bidang Khusus Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Selangor bermula Januari hingga Oktober 2024 yang melibatkan penglibatan 1567 orang guru. Perincian berkaitan bengkel dan latihan yang dijalan adalah seperti yang berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.