Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
88) INISIATIF BERKENAAN DENGAN KESIHATAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan semua inisiatif Kerajaan Selangor yang berkaitan dengan kesihatan dan berapa jumlahnya subsidi daripada Kerajaan Selangor berikan kepada inisiatif-inisiatif ini pada tahun 2022.
Pengurusan bantuan kesihatan yang berkesan, efektif dan mampu milik serta selari dengan teknologi semasa menjadi indikator penting Kerajaan Negeri dalam mewujudkan bantuan dan inisiatif kepada rakyat. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM70.7 juta telah diperuntukkan bagi sektor kesihatan awam seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada ucapan Belanjawan 2022, dengan perincian adalah seperti berikut: .
Bil. Inisiatif / Program Peruntukan 2022
(RM)
1. Iltizam Selangor Sihat 45,000,000
2. Bantuan Sihat Selangor 5,000,000
3. Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Denggi 5,000,000
4.
Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) 1,500,000
5. Peduli Sihat Penjawat Awam 1,000,000
6. Insentif Rawatan Tibi 800,000
7. Kesihatan Mental 1,000,000
8. Nutrisi Makanan Kanak-kanak 1,000,000
9. Kanser Selangor 1,500,000
10. Selangor Saring 1,500,000
11.
Pendigitalan Program Kesihatan 1,000,000
12. Pemeriksaan Kesihatan Mata 100,000
13. Slim Selangor 300,000
14. Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC) 1,000,000
15. Skim Rawatan Jantung 5,000,000
Jumlah Keseluruhan
70,700,000*
*termasuk peruntukan Skim Rawatan Jantung yang merupakan sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan daripada Vot P01-19001 (Pelbagai)