Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
7) INFRASTUKTUR LEBUH RAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah konsesi lebuh raya yang telah diluluskan di Negeri Selangor?
Terdapat lima (5) konsesi lebuhraya yang telah diluluskan di Negeri Selangor iaitu:
BIL.
LEBUHRAYA
KELULUSAN
1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) November 2005 2. Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) Mei 2012 3. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Mei 2012 4. East Klang Valley Expressway (EKVE) Mei 2012 5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX II) April 2000 Manakala Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) masih dalam proses bawah Seksyen 4 untuk tujuan kajian lanjutan ukur dan siasatan tanah.
-
Apakah konsesi lebuh raya yang masih dalam perancangan di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pembinaan lebuhraya baru di Negeri Selangor.