Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

104) INFRASTRUKTUR UNTUK BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan jenis kemudahan untuk para belia yang telah dibina oleh kerajaan negeri mengikut PBT/Daerah?

    Sebanyak 64 kemudahan sukan telah dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2011 dan 2012 yang kebanyakannya adalah gelanggang futsal dan gelanggang serba guna. Pecahan binaan gelanggang ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu para belia melalui penyediaan kemudahan untuk mereka?

    Kerajaan Negeri hanya akan menyediakan kemudahan kepada penduduk setempat berdasarkan keperluan sahaja. Melalui geran Selangorku di bawah kategori Pembinaan Infrastruktur Sukan yang telah diperuntukkan sebanyak RM30juta, setiap DUN akan diadakan satu (1) gelanggang serbaguna di kawasan yang belum mempunyai keperluan tersebut. Selain daripada gelanggang serbaguna ini, Dataran Anak Muda juga turut dibina bagi membolehkan belia-belia ini berkumpul dan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial yang bermanfaat di situ.

Lampiran

Tiada Lampiran.