Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

337) INFRASTRUKTUR TEMPAT LETAK KENDERAAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah tempat letak kendereaan (TLK) di kawasan perniagaan BTP akan dibiarkan seperti sekarang tanpa bebendul (berb) sebagai sempadan antara TLK dan longkang atau pihak kerajaan ada rancangan pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian kereta terbabas dari berlaku?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setelah perbincangan dengan pihak pemaju, kerja-kerja pemasangan railing sepanjang 75m sebagai langkah keselamatan tambahan telah dipersetujui dan dijadualkan untuk dilaksanakan dalam tempoh dua bulan akan datang. Pemantauan secara berkala akan dilakukan bagi memastikan kerja-kerja ini diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Walau bagaimanapun tindakan sementara, pihak majlis sedang melaksanakan pemasangan pita keselamatan untuk meningkatkan keselamatan.

    Segala perkembangan berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.