Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
291) INFRASTRUKTUR SUKAN DAN BAKAT BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membaik pulih infrastruktur gelanggang sukan yang
terdapat di dalam negeri? Sekiranya ya, berapakah jumlah peruntukan yang akan
diagihkan untuk membaik pulih gelanggang sukan yang uzur dan daif di Bukit Dun
Melawati?Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi pelaksanaan projek menaiktaraf, membaikpulih dan membina baru infrastruktur sukan yang mana kemudahan tersebut untuk kegunaan orang awam. Pelaksanaan projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2021 dengan menyasarkan kemudahan sukan di setiap Dun Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dua infrastruktur sukan untuk dibaikpulih di Dun Bukit Melawati iaitu pada tahun 2021 yang melibatkan kerja membaikpulih gelanggang takraw di Kampung Assam Jawa dengan kos berjumlah RM28,136.00. Projek kedua adalah kerja membaikpulih gelanggang futsal di Taman Bendahara, Kuala Selangor yang dilaksanakan pada tahun 2022 dengan kos RM62,422.50. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan RM1,000,000.00 bagi tahun 2024 untuk membaikpulih, menaiktaraf dan membina baru infrastruktur sukan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pihak Dun boleh mengemukakan permohonan namun keutamaan akan diberikan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa kemudahan tersebut.
-
Sehingga ke hari ini, berapakah peruntukan yang telah digunakan oleh pihak kerajaan
dalam membantu program pencarian bakat sukan khususnya di kawasan desa?Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Pusat latihan Daerah di bawah pengurusan Majlis Sukan Daerah (PLMSD). Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah tersebut telah dibuka diseluruh negeri Selangor termasuklah dikawasan luar bandar / desa. Ianya merupakan antara kaedah / inisatif Kerajaan Negeri mengenalpasti bakat-bakat muda dalam sukan di seluruh pelusuk daerah. Peruntukan secara berterusan dan konsisten telah disediakan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM 500,000.00 bagi memastikan program pembangunan sukan peringkat akar umbi setiap daerah dapat dilaksanakan secara sepanjang tahun. Melalui peruntukan tersebut ianya dapat memastikan atlet-atlet yang terbaik akan sentiasa dihasilkan dan dikenalpasti bagi memastikan kesinambungan atlet berprestasi tinggi di Negeri Selangor berterusan.