Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
105) INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan Stadium Mini yang merangkumi gelanggang bola jaring, bola tampar, futsal, badminton dan lain-lain di DUN Kajang?
Stadium Mini yang terdekat adalah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dengan kemudahan sukan balapan, gelanggang badminton, padang bola sepak dan gelanggang skuasy.
Walau bagaimanapun, pembinaan pelbagai jenis gelanggang dibina oleh pihak Majlis di kawasan lapang di setiap kawasan perumahan.
Cadangan membina stadium mini tidak dapat dilaksanakan kerana pihak Majlis kekurangan peruntukan.