Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

20) INFRASTRUKTUR SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah padang futsal yang dikawalselia oleh Kerajaan Negeri?

    Padang futsal yang dikawal selia oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 226 gelanggang seperti jadual berikut: –

     

     

    BIL.

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH GELANGGANG FUTSAL
    1. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 9
    2. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 7
    3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 34
    4. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 1
    5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 20
    6. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 72
    7. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 6
    8. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 55
    9. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 1
    10. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2
    11. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2
    12. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 17
    JUMLAH 226

     

  2. Apakah penambahbaikan yang telah di buat dari tahun 2013-2015?

    a dan c)

     

    Pada tahun 2013 dan 2014, peruntukan untuk Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan adalah sebanyak RM80,000.00 setahun bagi 56 DUN. Namun begitu, pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah membuat penambahbaikan dengan meningkatkan peruntukan kepada RM1,120,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di peringkat DUN di mana setiap DUN diperuntukkan sebanyak RM20,000.00 melalui PBT masing-masing dalam usaha untuk membaikpulih kemudahan dan infrastruktur sukan yang rosak dan terbiar seperti padang bola, gelanggang-gelanggang futsal, takraw dan badminton.

  3. Berapakah kos yang diperuntukkan untuk penambahbaikan tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.