Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
288) INFRASTRUKTUR SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan infrastruktur sekolah agama di Selangor lengkap dan mencukupi?
Kerajaan Negeri melalui JAIS sentiasa memastikan keperluan pembangunan infrastruktur sekolah agama di Selangor lengkap dan mencukupi tetapi sentiasa berdasarkan peruntukan yang diluluskan. Antara usaha yang dilakukan ialah;
- Semak permohonan yang diterima, dan;
- Semak maklumat sedia ada melalui Bahagian Pendidikan Islam atau Pejabat Agama Islam Daerah.
-
Nyatakan jumlah bantuan pembangunan infrastruktur ke sekolah agama di Selangor bermula 2008 hingga 2013?
Jumlah bantuan pembangunan infrastruktur ke sekolah agama di Selangor bermula 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:
Bil Tahun / Perkara Pembinaan Sekolah
(RM)
Penyelenggaraan & Baikpulih Sekolah
(RM)
1. 2008 37,050,470.00 4,000,010.00 2. 2009 50,100,460.00 4,000,030.00 3. 2010 55,550,940.00 4,000,010.00 4. 2011 44,600,260.00 5,999,740.00 5. 2012 41,000,220.00 6,000,000.00 6. 2013 46,250,270.00 5,000,000.00 Jumlah 274,552,620.00 28,999,790.00