Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
131) INFRASTRUKTUR SEKOLAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kebanyakan SMK dan SK di Negeri Selangor menghadapi isu kerosakan infrastruktur sekolah, apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu SMK dan SK?
Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk penambahbaikan infrastruktur Sekolah Menengah (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK). Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan boleh mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah sekiranya menghadapi masalah berkaitan dengan isu keselamatan atau bencana alam.
-
Adakah pemohonan Skim Bantuan Sekolah Negeri Selangor akan dibuka kepada SMK dan SK?
Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian terlebih dahulu. Memandangkan jumkah SK dan SMK di Negeri Selangor yang agak besar masing-masing sebanyak 649 buah dan 229 buah sekolah.