Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

318) INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi memajukan infrastruktur pengangkutan awam negeri?

    Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam di Negeri Selangor bagi mengatasi masalah kesesakan jalanraya serta mengurangkan jumlah penggunaan kereta khususnya di kawasan bandar. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha pelaksanaan projek-projek pengangkutan awam seperti Bus Rapid Transit (BRT), Mass Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit (LRT) serta High Speed Rail (HSR) yang akan memberi faedah dan manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri

     

    Untuk memajukan infrastruktur pengangkutan awam juga, Kerajaan Negeri akan memastikan sistem pengangkutan awam yang disediakan dapat memenuhi keperluan dan kemudahan rakyat. Dengan menitikberatkan beberapa aspek penting dalam perkhidmatan awam iaitu ketepatan masa, kualiti perjalanan, akses yang mudah dan kapasiti yang mencukupi, keutamaan aspek-aspek ini dapat menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat. Projek-projek pengangkutan awam seperti BRT, MRT, LRT dan HSR akan memberi faedah dan manfaat kepada pengguna di Negeri Selangor.

  2. Nyatakan liputan dan manfaat projek MRT yang sedang dan bakal dilaksanakan untuk rakyat Selangor?

    Berikut merupakan liputan dan sasaran pengguna projek pengangkutan awam Mass Rapid Transit (MRT) yang sedang dan bakal dilaksanakan untuk rakyat Selangor.

    Projek KVMRT Sungai Buloh – Kajang merupakan projek keretapi penumpang berkapasiti tinggi yang beroperasi dari Sungai Buloh ke Kajang sepanjang 51 kilometer (km). Ia melibatkan 41.5km laluan bertingkat (elevated) dan 9.5km laluan bawah tanah (underground). Terdapat 31 buah stesen sepanjang laluan Sungai Buloh – Kajang di mana 24 buah stesen di laluan bertingkat dan 7 buah stesen bawah tanah serta 16 kemudahan Park And Ride disediakan. Senarai stesen dan lokasi adalah seperti di Lampiran A.

     

     

    Projek MRT ini dilaksanakan secara berperingkat iaitu Fasa 1 (Januari 2017) dan Fasa 2 (Julai 2017). Berdasarkan lokasi stesen-stesen yang dicadangkan,

     

    Kerajaan Negeri percaya ia dapat memberi manfaat kepada 384,000 sasaran pengguna pada tahun tersebut (2017) dan mencecah 875,000 menjelang tahun 2050.

    LAMPIRAN A

    Lokasi Stesen dan Jajaran Projek KVMRT Sungai Buloh – Kajang

     

    MPS MBSA MBPJ DBKL MPKj
    Sungai Buloh Kota Damansara Kampung Baru Sungai Buloh One Utama Taman Suntex
      Taman    Industri Sungai Buloh RRI      (Rubber Research Ins) TTDI Taman Cuepacs
        Teknologi Bukit Kiara Bandar           Tun Hussein Onn
        PJU 5 Pusat      Bandar Damansara Balakong
        Dataran Sunway Semantan Taman Koperasi
        The Curve KL Sentral Saujana Impian
        Seksyen 16 Pasar Seni Bandar Kajang
          Merdeka Kajang
          Bukit       Bintang Central  
          Pasar Rakyat  
          Cochrane  
          Maluri  
          Taman        Bukit Ria  
          Taman        Bukit Mewah  
          Leisure Mall  
          Plaza Pheonix  

    Sumber daripada SPAD

     

Lampiran

Tiada Lampiran.