Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
44) INFRASTRUKTUR/PBT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bandar Klang adalah Bandar DiRaja. Apakah peranan kerajaan untuk mengimejkan ÔBandar DiRajaÕ ini supaya dipandang tinggi di segi pemuliharaan, pembangunan dan infrastrukturnya agar tarafnya setanding dengan nama bandar ini yang mengandungi Istana Rasmi Sultan Selangor dan nilai-nilai sejarahnya yang tersendiri.
- Dalam menaikkan imej Klang sebagai Bandar Diraja, MPK pernah memohon dan mencadangkan araf PBT, Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang. Walaubagaimanapun, cadangan permohonan ini ditangguhkan oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA) Bil 01/2008 pada 22.01.2008. Walaubagaimanapun, MPK sedaya upaya melaksanakan pelbagai projek dan program untuk merealisasikan taraf bandar Diraja dengan menyediakan elemen (unsur-unsur) Diraja seperti menyediakan program pemeliharaan dan pemuliharaan monumen dan bangunan-bangunan bersejarah, mewartakan bangunan warisan di samping menyediakan perabot jalanan seperti pondok kiosk, papan tanda jalan, tiang lampu jalan dan reka bentuk bangunan Majlis yang mempunyai ciri-ciri bandar Diraja.
-
Terdapat banyak papan tanda,sepanduk dan banner milik kerajaan negeri dan parti pakatan rakyat yang usang dan terlebih masa, hampir di setiap simpang jalan bandaran dan kampung. Kenapakah PBT tidak peduli akan kecacatan ini. Adakah PBT juga memilih kasih dalam melaksanakan garis panduan, tugasan dan peranan mereka
- Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Mac 2010 telah menolak soalan
-
Dataran Shah Alam merupakan Pusat bandaraya Shah Alam. Adalah menjadi pemerhatian pengunjung di ibu negeri Selangor ini. Maka adalah disarankan aktiviti yang diadakan di Dataran ini mahupun di persekitarannya haruslah terbatas, mengikuti norma-norma masyarakat yang bertamadun dan seharusnya menghormati Masjid Shah Alam yang amat berdekatan dengan lokasi ini, terutamanya apabila waktu azan berkumandang, maka aktiviti yang bertentangan seharusnya tidak berlaku.
- Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Mac 2010 telah menolak soalan