Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
228) INFRASTRUKTUR LONGKANG DI JALAN WELMAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kini berkenaan cadangan baik pulih longkang hadapan 2 baris kedai Jalan Welman, Rawang?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jalan Welman adalah di bawah rezab dan selenggaraan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Sehubungan dengan itu, jajaran longkang di sepanjang jalan tersebut juga adalah di bawah rezab selenggaraan pihak JKR dan bersempadanan terus dengan tanah milikan individu iaitu deretan rumah kedai yang didirikan sejak tahun 1950an.
Jajaran saliran tersebut merupakan sebahagian daripada rezab laluan pihak JKR. Sehubungan dengan itu, had persempadanan bangunan dan jalan adalah di antara jajaran saliran dengan kaki lima kedai tersebut. Tambahan pula, kawasan tersebut wujud selaras dengan pembukaan kawasan pekan Rawang pada tahun 1950an.
Pihak majlis tidak pernah melaksanakan sebarang penyelenggaraan saliran di jalan tersebut sejak tertubuhnya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada tahun 1997 sehingga kini. Sehubungan dengan itu, surat kepada JKR Selangor telah dikeluarkan pada 22 Februari 2024 untuk tindakan penyelenggaraan agensi tersebut pada masa akan datang secara berterusan.
-
JKR atau MPS yang bertanggungjawab untuk kerja selenggaraan longkang tersebut?