Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

279) INFRASTRUKTUR KAWASAN BUKIT DAMAR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat sebarang perancangan pembangunan infrastruktur terutamanya jalan penghubung ke kawasan Bukit Damar?

    Pihak Majlis telah menyediakan pelan infrastruktur Bukit Damar melalui Kajian Pelan Infrastruktur yang akan menghubungkan Bukit Damar antara Dengkil, Cyberjaya dan Tanjung Duabelas.

    Pembinaan infrastruktur bahagian utara akan dibina oleh pemaju Gamuda melalui arahan oleh Menteri di Kementerian Kerja Raya. Manakala pembinaan infrastruktur bahagian selatan akan dibina oleh beberapa pemaju di Cybersouth

    Dengkil mengikut pelarasan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Sepang

  2. Bilakah proses pembinaan infrastruktur akan dapat dilaksanakan untuk membolehkan pemilik tanah kawasan ini membangunkan tanah mereka?

    Pembinaan infrastruktur di bahagian utara dijangka akan dibina pada tahun 2020. Manakala pembinaan di bahagian selatan sedang rancak berjalan oleh pemaju di bahagian Cybersouth Dengkil. Walaubagaimanapun, bagi membolehkan pemilik tanah membangunakan tanah milik mereka, jalan 66 kaki perlu dibina oleh pihak JKR/ pemaju/pemilik tanah bagi menyambungkan dengan jalan utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.