Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
135) INFRASTRUKTUR KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur asas seperti jalan raya dan sistem saliran di Kampung Baru Cina di Selangor?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM4 juta di bawah Peruntukan Pembangunan (P01) khusus bagi pembangunan 77 Kampung Baru / Bagan / Tersusun di Negeri Selangor bagi tahun 2025. Kerajaan Negeri telah merancang pelbagai projek pembangunan bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam dan infrastruktur asas termasuk jalan raya dan sistem saliran di kawasan Kampung Baru / Bagan / Tersusun yang terpilih pada tahun ini. Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta JPKK Kampung Baru / Bagan / Tersusun untuk mengenalpasti kemudahan awam atau infrastruktur asas yang perlu dibaiki atau dinaik taraf.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menyediakan peruntukan khusus bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur di Kampung Baru seluruh Malaysia termasuk di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mempromosikan dan menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Kampung Baru / Bagan / Tersusun seperti berikut:
- Satu Kampung Satu Produk
Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk yang unik dari setiap kampung, memperluaskan pasaran bagi produk-produk tersebut sekaligus membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
- Ekopelancongan
Program ini diadakan khusus bagi mempromosikan pelancongan yang mampan di Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk dan industri PKS di Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun.
- Pembangunan Infrastruktur
Kerajaan Negeri turut memperuntukkan dana setiap tahun bagi pembangunan infrastruktur di Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun yang secara tidak langsung membantu industri PKS di kawasan tersebut. Jaringan jalan raya yang baik memudahkan pergerakan bahan mentah dan penghantaran produk. Logistik yang lebih cekap dapat mengurangkan kos operasi, membolehkan PKS bersaing dengan syarikat besar. Ia juga memudahkan akses ke pasaran yang lebih besar.