Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

148) INFRASTRUKTUR JALANRAYA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penyelenggaraan Infra Jalan raya (MARRIS). Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan, serta baki yang belum dibelanjakan?

    1. Peruntukan yang telah dibelanjakan bermula dari tahun 2008 sehingga 31 Oktober 2013 adalah berjumlah RM1,626,860,986.98.

     

     

    Tahun

    Perbelanjaan (RM)
    2008 379,606,203.32
    2009 328,751,219.30
    2010 243,610,288.00
    2011 218,512,005.70
    2012 178,121,209.15
    2013 278,260,061.51
    JUMLAH 1,626,860,986.98

     

    Baki yang belum dibelanjakan dari tahun 2008 sehingga 31 Oktober 2013 adalah berjumlah RM728,877,165.10.

  2. Berapakah pecahan peratus peruntukan agihan mengikut kilometer jalan di bawah Majlis Perbandaran Tempatan, JKR dan Pejabat Daerah Tanah bagi setiap daerah?

    1. Berikut merupakan pecahan peratus peruntukan agihan mengikut kilometer jalan di bawah Majlis Perbandaran Tempatan:-

     

     

     

     

    BIL

     

     

     

    PBT

     

     

    PANJANG JALAN (KM)

    CADANGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN (KOS SENGGARAAN RM31,000/KM)
     

    10%

    TAMBAHAN 10% MENGIKUT PANJANG JALAN (RM)
    1 MBSA 2,175.33 217.53 6,743,513.70
    2 MBPJ 1,450.30 145.03 4,495,936.20
    3 MPSJ 151.853 15.19 470,744.30
    4 MPKJ 1,636.37 163.64 5,072,734.60
    5 MPS 314.409 31.44 974,667.90
    6 MPK 1,442.61 144.26 4,472,084.80
    7 MPAJ 484.429 48.44 1,501,729.90
    8 MPSP 237.481 23.75 736,191.10
    9 MDKS 678.005 67.8 2,101,815.50
    10 MDSB 284.417 28.44 881,692.70
    11 MDHS 529.187 52.92 1,640,479.70
    12 MDKL 1,330.37 133.04 4,124,147.00
    JUMLAH 10,714.75 1,071.48 33,215,737.40

     

    Manakala pecahan peruntukan bagi JKR dan Pejabat Daerah / Tanah adalah seperti berikut:-

     

     

    Bil

     

    Agensi

     

    Peruntukan (RM)

     

    1

    JKR

    (Panjang jalan JKR : 4,275.492 km)

    * data sehingga 12 November 2013

     

    81,215,120.00

     

    2

    Pejabat Daerah / Tanah (Setiap PD/T RM500,000.00 bagi Fasa

    1 & 2)

     

    9,000,000.00

  3. Apakah kaedah penyelenggaraan boleh buat? berdasarkan out of specification, aduan atau berkala?

    Kaedah penyelenggaraan negeri mengikut Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia terbahagi kepada empat (4) kategori utama seperti berikut:-

    i)Penyenggaraan Rutin (Berjadual)

    Kerja-kerja penyenggaraan rutin adalah kerja penyenggaraan yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

     

    ii) Penyenggaraan Berkala

    Kerja-kerja yang memerlukan pemeriksaan dan penilaian sebelum dilaksanakan.

     

    iii) Penyenggaraan Kecemasan

    Kerja-kerja luar jangka yang memerlukan tindakan segera.

     

    1. Penyenggaraan Pencegahan (Preventive)

    Kerja-kerja tindakan awal yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan fungsi asal elemen jalan sedia ada yang mana kelewatan mengambil tindakan tersebut boleh menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.