Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

366) INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI DUN SG KANDIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak PBT, JKR dan Pejabat Tanah mempunyai bajet yang cukup untuk menaiktaraf jalan di sekitar DUN Sg Kandis dan berapakah peruntukan yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut?

    Terdapat perancangan untuk menaiktaraf jalan di persimpangan Jalan Sungai Kandis dan Jalan Kebun. Peruntukkan untuk menaiktaraf persimpangan tersebut telah diambilkira di dalam kos projek RMKe-12.

     

    Majlis Perbandaran Klang hanya menyediakan bajet untuk jalan-jalan tertentu sahaja mengikut keperluan di tapak. Bagi tahun 2023, pihak Majlis telah melantik kontraktor bagi kerja-kerja pembaikan/penurapan jalan di Jalan Sekolah dan Jalan Sopan berjumlah sebanyak RM 624,019.00. Selain daripada itu, pihak Majlis juga menerima peruntukan Marris untuk Dun Sungai Kandis sebanyak RM 2.1 juta dan telah melantik kontraktor bagi 4 kerja penurapan semula jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.