Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

244) INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI CYBERJAYA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terhadap kerosakan yang sering berlaku disekitar kawasan Cyberjaya termasuk kerosakan jalan, lampu jalan dan longkang yang sering tersumbat?

    MPSepang amat menitikbratkan sebarang aduan yang diterima untuk diambil tindakan dengan effisien dan proaktif. Bagi mendokong kenyataan tersebut kerja – kerja penyelenggraan infrastruktur longkang dan jalan dilaksanakan oleh pihak yang dinyatakan seperti di lampiran 1 & 2.

    Kontraktor panel lampu jalan bagi kawasan Cyberjaya telah dilantik pada tahun 2023  iaitu SWASTA TIMUR SDN.  BHD.  Pada tahun 2023 MPSepang juga telah merancang untuk melaksanakan projek penukaran kabel lampu jalan berdasarkan kelulusan perbelanjaan tahun 2023. Senarai projek lampu adalah seperti lampiran 3

  2. Apakah pecahan jenis dan jumlah aduan kerosakan yang melibatkan kawasan Cyberjaya serta statistik isu yang berjaya diselesaikan?

    Berikut adalah jumlah aduan di kawasan Cyberjaya:

Lampiran

Tiada Lampiran.