Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
334) INFRASTRUKTUR JALAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan maklumat projek yang telah dilaksanakan bawah program Mega Turapan.
Pelaksanaan Projek Turapan Mega Selangor 2023 adalah hasil dari inisiatif Kerajaan Negeri untuk membaikpulih jalan-jalan yang telah dikenalpasti kerosakan. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 50 Juta melalui projek ini. Sebanyak 114 Arahan Kerja (AK) telah dikeluarkan kepada pihak Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi projek ini.
Perincian pembahagian peruntukan 50 Juta adalah seperti berikut:
i-) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – RM 27,000,000.00 / 40 Kerja
ii-) Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) – RM 7,000,000.00 / 46 Kerja
iii-) Jabatan Kerja Raya (JKR) – RM 15,000,000.00 / 23 Kerja
iv-) Jabatan Pengairan Dan Saliran – RM 500,000.00 / 5 Kerja
Sehingga kini, pelaksaan projek ini telah mencapai 97% pelaksanaan.
-
Adakah pemasangan lampu solar negeri akan diteruskan?
Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Seluruh Dun Negeri Selangor telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 & 2023 melibatkan kesemua 56 Dun.
Sebanyak 790 batang tiang lampu berwarna merah kuning lengkap dengan 120W lampu solar led dipasang di bawah program ini dengan jumlah kos muktamad sebanyak RM 5,976,875.00. Purata pemasangan lengkap bagi sebatang tiang lampu ini adalah sebanyak RM 7,565.00.
Kesinambungan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Seluruh Dun Negeri Selangor akan diteliti dan diperhalusi pelaksanaanya bergantung kepada kelulusan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri.