Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

22) INFRASTRUKTUR DUN RAWANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan projek naik taraf Jalan B27.

    Kemajuan bagi projek penyiapan baki kerja-kerja menaiktaraf Jalan Negeri B27, Jalan Rawang-Batang Berjuntai (fasa 2) dari persimpangan Bandar Country Homes ke sempadan Daerah Kuala Selangor, Daerah Gombak, Selangor adalah seperti berikut:

    Jadual (%) 67%
    Sebenar (%) 52%

    Punca kelewatan disebabkan oleh kerja-kerja terhenti akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula daripada 1 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021.

     

  2. Nyatakan perkembangan projek naik taraf Jalan FT3209.

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutan iaitu jalan masuk ke kawasan Perindustrian Rawang, FT3209. Cadangan menaiktaraf jalan tersebut telah diluluskan di dalam Rolling Plan 4 (RP4), RMKe11. Status semasa projek adalah masih di peringkat perancangan dan rekabentuk oleh pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

  3. Nyatakan perkembangan projek naik taraf Klinik Kesihatan Batu Arang.

    Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Batu Arang berada dalam peringkat pra perancangan oleh Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Terdapat beberapa isu berhubung keadaan tapak cadangan klinik kesihatan ini seperti berikut:

    1. Tapak cadangan projek ini sedang dalam proses pewartaan sebagai tapak warisan oleh Jabatan Warisan Negara.
    2. Tapak cadangan projek ini berada dalam Zon Bencana Sederhana (Zon Kuning) dimana kawasan ini didasari oleh aktiviti perlombongan bawah tanah dengan kedalaman kurang 100 m – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

    Justeru itu, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah memohon pihak JKR untuk melaksanakan kerja Soil Investigation (SI) tambahan dengan kriteria penamatan sekurang-kurangnya pada kedalaman 100 meter serta Kajian Geofizik (microgravity serta resistivity study)  bagi mengenalpasti laluan terowong batu arang di tapak tersebut. Pihak Jabatan Warisan Negara juga memohon pihak JKR memastikan pelan pembangunan projek ini mengambil kira pengekalan unsur-unsur warisan yang  menampakkan keadaan harmoni dengan kawasan sekeliling yang dicalonkan sebagai tapak warisan (bekas Berek Askar Gurkha dan Pejabat Pos Batu Arang).

    Halatuju projek ini hanya dapat ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selaku pelanggan projek setelah keputusan kerja tambahan Soil Investigation (SI) dan Kajian Geofizik (Electtic Resistivity Test dan Microgravity) diperolehi.

Lampiran

Tiada Lampiran.