Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

161) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar, memandangkan tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Selangor dan juga tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2025?

    Unit Senggara Persekutuan:

    Bagi meningkatkan infrastruktur jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar dan juga persediaan bagi Tahun Melawat Selangor dan Sidang Kemuncak Asean 2025,sebanyak 120 kerja berkala pavemen sedang dilaksanakan melibatkan kos sebanyak RM 176 Juta dan 152 kerja berkala bukan pavemen dengan kos sebanyak RM 28 Juta. Bagi tahun 2025, pihak JKR telah merancang dan memohon peruntukan bagi  237 kerja berkala pavemen dengan kos sebanyak RM 373 Juta, 332 kerja berkala bukan pavemen dengan kos sebanyak RM 152 juta.

     

    Unit Senggara Negeri:

    Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor telah melaksanakan projek turapan secara besar-besaran iaitu Projek Turapan Mega Selangor 2024 yang melibatkan jalan-jalan utama yang terpilih di seluruh Negeri Selangor.

     

    Inisiatif Selangor Bercahaya:

    Kerajaan Negeri melalui Exco Infrastruktur dan Pertanian telah mengambil inisiatif bagi pemasangan lampu solar di seluruh DUN Negeri Selangor di bawah Program Selangor Bercahaya bermula tahun 2022. Program ini dilaksanakan secara 2 Fasa iaitu pada tahun 2022 untuk 31 DUN dan tahun 2023 untuk 25 DUN. Hasil pemasangan sebanyak 790 set lampu solar telah dipasang di seluruh DUN Negeri Selangor dengan kos pemasangan sebanyak RM 5.98 Juta. Program Selangor Bercahaya ini telah diperluaskan ke Fasa 3 Tahun 2024 dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM 1.5 Juta. Lokasi pemasangan bagi Fasa 3 yang melibatkan 150 tiang telah diterima dari Pejabat YB Exco Infrastruktur dan Pertanian pada 23hb Oktober 2024 untuk dimulakan pemasangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.