Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

125) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan bercadang untuk membina dewan orangramai yang baharu di setiap kampong-kampong tradisi?

    Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembangunan luar bandar di Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02007 – Penyelenggaraan Jalan Kampung khas untuk menaiktaraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah Negeri Selangor, serta peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02004 – Kemudahan Asas Desa untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek menaiktaraf balairaya mengikut

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri buat masa tidak bercadang untuk membina dewan orang ramai yang baru di setiap kampung tradisi di Negeri Selangor. Fokus Kerajaan Negeri pada tahun 2015 adalah kepada pemerkasaan dan pemulihan kemudahan awam sedia ada termasuk dewan orang ramai. Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina semula dewan yang telah terlalu uzur dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada.

  2. Apakah kerajaan bersedia membangunkan kemudahan seperti padang riadah komuniti di setiap mukim di negeri Selangor?

    1. Kerajaan Negeri telah membangun dan menyediakan 33 Dataran Anak Muda yang sekaligus boleh dijadikan gelanggang serbaguna di 33 buah DUN di seluruh Negeri Selangor.

     

    Senarai 33 DUN berkenaan adalah seperti berikut :-

    BIL DUN
    1 Balakong
    2 Bangi
    3 Batang Kali

     

    4 Batu Caves
    5 Bukit Antarabangsa
    6 Bukit Lanjan
    7 Bukit Melawati
    8 Chempaka
    9 Dusun Tua
    10 Gombak Setia
    11 Hulu Kelang
    12 Ijok
    13 Jeram
    14 Kajang
    15 Kota Anggerik
    16 Kota Damansara
    17 Kuang
    18 Lembah Jaya
    19 Meru
    20 Morib
    21 Paya Jaras
    22 Permatang
    23 Rawang
    24 Semenyih
    25 Seri Andalas
    26 Seri Serdang
    27 Sijangkang
    28 Sungai Burong
    29 Sungai Pelek
    30 Taman Templer
    31 Tanjong Sepat
    32 Teluk Datuk
    33 Teratai

     

    Gelanggang serbaguna ini sesuai untuk aktiviti dan sukan belia setempat seperti permainan bola sepak, sepak takraw, badminton, bola jaring, bola tampar, futsal dan sebagainya. Selain itu juga, tempat ini boleh digunakan oleh golongan belia melakukan pelbagai aktiviti seperti tempat perjumpaan untuk belia-belia berkongsi ilmu dan pengalaman.

Lampiran

Tiada Lampiran.