Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

105) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak 2008, berapa peratuskah dari 1,662 projek kecil yang telah dijalankan merupakan projek-projek ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri berbanding projek-projek yang mendapat penyaluran dana daripada Kerajaan Pusat?

    Merujuk buku “Urus Tadbir Selangor – Dasar, Program, Fakta” berkenaan infrastruktur dan kemudahan, kesemua 1,662 buah projek kecil yang telah dilaksanakan di seluruh daerah-daerah di Negeri Selangor dalam tempoh dari tahun 2008 hingga 2011 adalah menggunakan sepenuhnya peruntukan belanja pembangunan tahunan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan ianya tidak melibatkan sebarang penyaluran dana dan peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

  2. Sejak 2008, apakah pecahan dari peruntukan sebanyak RM4.15 bilion yang bersumber daripada Kerajaan Negeri berbanding dengan daripada Kerajaan Pusat?

    Bagi pelaksanaan sebanyak 1,662 buah projek kecil tersebut, sebanyak RM41.5 juta telah dibelanjakan menggunakan sepenuhnya peruntukan belanja pembangunan tahunan daripada Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, kenyataan peruntukan sebanyak RM4.15 billion adalah merupakan kesilapan dalam cetakan di dalam buku “Urus Tadbir Selangor – Dasar, Program, Fakta” di mana jumlah yang sebenar adalah RM41.5juta.

  3. Adakah peruntukan menambah baik jalan dan longkang di daerah-daerah tersebut turut melibatkan peruntukan wang MARRIS?

    Pelaksanaan projek-projek menambah baik jalan dan longkang di daerahdaerah tersebut menggunakan sepenuhnya peruntukan belanja pembangunan tahunan daripada Kerajaan Negeri dan tidak melibatkan peruntukan wang MARRIS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.