Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
208) INFRASTRUKTUR AWAM TAMAN REKREASI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah PBT bertanggungjawab menyediakan kemudahan bersenam di taman rekreasi untuk setiap peringkat umur?
Secara umumnya, PBT boleh mengadakan dan membina tempat-tempat awam termasuk taman rekriasi dan kemudahan bersenam serta kemudahan- kemudahan lain. Kebiasannya PBT telah mensyaratkan pemaju pembangunan untuk mengadakan kemudahan riadah dan rekriasi di tempat-tempat yang sesuai.
-
Berapakah peruntukan bagi membeli dan menyelenggarakan kemudahan- kemudahan tersebut?
Peruntukan bagi membeli dan menyelenggara kemudahan taman rekriasi berbeza-beza mengikut jenis kemudahan kemampuan PBT. Sila rujuk Lampiran 1.
-
Bagaimanakah proses pemantauan dan penyelenggaraan dilakukan?
Antara pemantauan yang dilakukan oleh PBT bagi memastikan peralatan sentiasa dalam keadaan baik adalah:-
- Melakukan pemantauan berkala ke atas inventori kawasan lapang oleh Bahagian Lanskap PBT;
- Tugas pemantauan juga diberikan kepada Persatuan Penduduk atau JKKK bagi meningkatkan kesedaran dalam menjaga kemudahan awam; dan
- Bertindak dengan pantas berdasarkan aduan orang
Manakala kerja-kerja penyelenggaraan, PBT akan mengeluarkan sebutharga dan melantik kontraktor bagi membaiki kelengkapan peralatan taman yang telah rosak.
Lampiran 1
PERUNTUKAN BAGI MEMBELI DAN MENYELENGGARA KEMUDAHAN TAMAN REKRIASI OLEH PBT NEGERI SELANGOR
BIL. PBT PERUNTUKAN 2014 1. MBSA RM3.263 juta 2. MBPJ Tiada peruntukan khas tetapi mempunyai peruntukan pembangunan 3. MPK RM200 ribu 4. MPSJ RM380 ribu 5. MPS RM150 ribu 6. MPKj Tiada peruntukan khas 7. MPAJ RM950 ribu 8. MPSp RM400 ribu 9. MDKS RM200 ribu 10. MDKL RM700 ribu 11. MDSB RM71 ribu 12. MDHS RM400 ribu **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor