Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

159) INFRASTRUKTUR ASAS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina jalan kampung yang baru?

    Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.1 juta bagi
    projek di bawah Kemudahan Asas Desa yang merangkumi projek-projek kecil di
    daerah seperti menaiktaraf jalan, memabaikpulih balairaya, serta membina dan
    membaiki longkang. Peruntukan ini disalurkan berdasarkan permohonan dari Pejabat
    Daerah.
    Sehingga Jun 2010, sejumlah Rm2,703,000.00 atau 66% dari peruntukan
    keseluruhan telah digunakan bagi menampung sebahagian daripada bayaran elaun
    Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK/Kampung Baru serta bayaran elaun Ketua
    Komuniti kaum India di seluruh Negeri Selangor. Sejumlah RM250,000.00 pula atau
    6% telah gunakan untuk menaiktaraf jalan kampung manakala baki peruntukan
    RM1,147,000.00 disalurkan ke daerah bagi kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur asas
    yang lain sep

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk membaiki jalan-jalan kampung sedia ada yang rosak?

    Bagi tahun 2010, sejumlah Rm1 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi
    penyelenggaraan jalan-jalan kampung sedia ada di seluruh Negeri Selangor.
    Peruntukan ini juga akan disalurkan terus kepada Pejabat Daerah berdasarkan
    permohonan yang dikemukakan dari Pejabat Daerah yang berkaitan.

  3. Sila nyatakan senarai kampung serta jumlah peruntukan yang diterima bagi membina jalan baru atau membaik pulih jalan kampung di dalam DUN Dusun Tua

    Pada tahun 2009, 2 projek kecil dengan nilai Rm49,333.00 telah diluluskan bagi
    tujuan membaik pulih jalan kampung bagi kawasan Dusun Tua. Senarai adalah
    seperti berikut :
    BIL PROJEK PERUNTUKAN (RM)
    1 Membaiki jalan Kg. Batu 20 7,000.00
    2 Membina longkang baru dan
    melebarkan jalan utama yang sempit
    antara Kg. Sg. Macau dan Kg.
    Kenangan Batu 18
    42,333.00
    Jumlah 49,333.00

Lampiran

Tiada Lampiran.