Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
4) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2008 mengikut pecahan daerah?
Sebanyak RM 19,623,064.13 peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat ke
sembilan daerah bagi tujuan menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor
sepanjang tahun 2008. Jumlah peruntukan mengikut pecahan daerah adalah seperti
berikut:JUMLAH PERUNTUKAN PERSEKUTUAN 2008 BAGI PENYELENGARAAN JALAN
KAMPUNG MENGIKUT DAERAH DI NEGERI SELANGOR
Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah yang bertindak
selaku Pegawai Penguasa Projek. Walau bagaimanapun selepas Mac 2008, peruntukan
Kerajaan Pusat tersebut hanya disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri Selangor dan tidak lagi disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah.
Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat projek-projek yang dilaksanakan Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor selepas Mac 2008. -
Bilakah jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal akan dinaiktaraf secara menyeluruh?
Jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal sepanjang 6 km adalah jalan negeri single
carriageway dibawah seliaan JKR dan jalan ini masih lagi mampu menampung bilangan
trafik yang ada.
Buat masa ini pihak JKR tiada perancangan untuk menaik taraf jalan utama Parit 6
menuju ke Main Canal secara menyeluruh dan kerja menaik taraf adalah bergantung
kepada peruntukan sedia ada. Namun kerja-kerja penyelenggaraan telah dan akan di
buat dari semasa ke semasa. -
Bilakah Jalan Cross Bund 1 Parit 7 menuju ke Parit 8 yang rosak dan berlekakÐlekuk sepanjang kira-kira 1 kilometer akan diperbaiki untuk kemudahan para petani?
Jalan Cross Bund 1 Parit 7 menuju ke Parit 8 adalah berstatus jalan pertanian yang
telah diturap. Kerosakan berlaku adalah disebabkan jalan tersebut digunakan oleh
jentera pertanian serta kenderaan yang memungut hasil pertanian dan ianya bukanlah
jalan utama bagi penduduk ke Pekan Sekinchan.
Buat masa ini pihak Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menurap semula
kawasan tersebut kerana menyedari kerosakan tersebut akan berulang akibat
penggunaan jentera pertanian dan kenderaan yang memungut hasil pertanian. Walau
bagaimanapun penyelenggaraan telah dan akan di buat dari semasa ke semasa
bergantung kepada peruntukan sedia ada.