Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
200) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengatasi masalah yang telah berlarutan sekian lama ini?
Dijawab oleh PBT
-
Adakah pihak kerajaan negeri atau PBT mempunyai perancangan untuk menaiktaraf infrastruktur berkaitan seperti longkang, sungai dan sebagainya ke tahap yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan semasa ?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah peranan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) dalam menyelenggara sungai- sungai yang ada di Selangor ? Dan projek tambatan banjir, sejauh manakah keberkesanannya dan adakah kaedah sedia ada akan terus dilaksanakan? Siapakah yang mengawal selia prosedur pelaksanaannya ?
Peranan JPS dalam penyelenggaraan sungai secara khususnya bertujuan untuk memastikan sistem sungai sentiasa berada dalam keadaan hidraulik yang berkesan untuk mengurangkan kejadian banjir, meningkatkan tahap kualiti dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengekalkan fungsi serta ciri-ciri semulajadi sistem sungai berkenaan. Untuk tujuan ini, kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang dilaksanakan oleh jabatan ini melibatkan tiga (3) bidang tugas atau skop kerja yang utama, iaitu:
i.pembersihan sungai
ii.mengorek dan mendalamkan sungai
iii.penstabilan tebing
Pembersihan sungai: Dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai, JPS telah menyediakan beberapa unit perangkap sampah dari jenis Log-Boom yang dipasang dalam sungai di mana lokasinya kritikal dan strategik untuk memerangkap sampah dalam sungai.
Selain peralatan jenis Log-Boom, JPS juga telah memasang peralatan jenis Automatic Trash Rake (ATR) di mana fungsi peralatan jenis ini adalah sama seperti perangkap sampah dari jenis Log-Boom untuk memerangkap sampah yang memasuki kolam takungan atau sistem saliran sebelum discharge keluar ke sungai/laut.
Pengorekan Sungai dan Penstabilan Tebing: JPS berperanan untuk memulihara dan membaikpulih kejadian hakisan tanah dan proses sedimentasi yang berpunca dari aktiviti pembangunan dengan menjalankan kerja-kerja pengorekan dan pelebaran sungai, pembinaan ban serta penstabilan tebing. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan di mana sepanjang tempoh RMK10 sejumlah RM 12.6 juta telah diperuntukkan kepada JPS Negeri Selangor.
Mengenai keberkesanan projek tebatan banjir, ianya boleh diukur melalui 3 bidang keberhasilan utama iaitu :-
- Kawalan banjir
- Peningkatan tahap ekonomi dan 3) Kesejahteraan rakyat.
Sebagai contoh, satu kajian telah dibuat pada tahun 2010 untuk menilai keberkesanan Projek Tebatan Banjir Sg. Damansara (Pakej 1) yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 340 juta.
Bil Bidang Keberhasilan Tahap Keberkesanan 1 Kawalan Banjir a) Menyelamatkan 11,000 penduduk dari ancamanbanjir b) Mengurangkan 100% keluasan kawasan yangterlibat dengan banjir yang dianggarkan seluas
7.35km2
c) Mengurangkan 100% kerugian akibat banjir yangditaksirkan berjumlah RM 110 juta.
2 Peningkatan Tahap Ekonomi a) Peningkatan harga rumah di kawasan terbabit b) Peningkatan pembinaan bangunan danperumahan baru di kawasan berkenaan.
3 Kesejahteraan a) Peningkatan keyakinan penduduk setempatmengenai keselamatan diri dan hartabenda di mana hasil kaji selidik mendapati 83% respondan berpuas hati dengan pelaksanaan projek ini. b) Dua dari tiga buah kolam takungan yang dibina berpotensi untuk dijadikan kawasan rekreasi.
Mengenai kaedah pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, JPS Negeri Selangor telah mengadaptasikan konsep dan pendekatan baru yang lebih mesra alam di mana air larian permukaan akan dikawal di sebelah hulu kawasan tadahan atau lebih dikenali sebagi kawalan di punca (control at source).
Melalui pendekatan kawalan di punca, air larian permukaan akan ditakung terlebih dahulu sama ada dengan menggunakan kaedah kolam takungan, penuaian air hujan, penyusupan ke dalam tanah dan seumpamanya sebelum dilepaskan secara terkawal. Kaedah ini didapati lebih berkesan dalam menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di negeri ini.
Dalam aspek kawalselia pelaksanaan projek-projek tebatan banjir di Negeri Selangor bergantung kepada punca kejadian banjir berlaku. Pihak-pihak yang bertanggungjawab adalah seperti berikut :
- Punca banjir : Masalah sistem saliran dalaman Pihak Bertanggungjawab : Pihak Berkuasa Tempatan
- Punca Banjir : Limpahan air sungai/ kegagalan sistem saliran utama Pihak Bertanggungjawab : Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor
MAKLUMAT TAMBAHAN
Sungai merupakan sumber alam yang perlu dipelihara untuk membolehkan ianya diwarisi oleh generasi yang akan datang dalam keadaan yang bersih dan berada pada tahap kualiti yang membolehkan semua pengguna beroleh manafaat darinya. Dalam hubungan ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memainkan peranan penting dalam mengurus sumber ini selaras dengan tujuan penubuhannya pada tahun 1932. Di peringkat persekutuan, peranan dan tanggungjawab ini adalah berdasarkan Ministerial Function Act 1969: DID role in river management, flood mitigation and river conservancy.
Fungsi pengurusan sungai yang dijalankan oleh JPS secara umumnya adalah bermatlamat untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat samada di kawasan luar bandar dan bandar dengan melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan lembangan sungai secara lebih efisien, menyeluruh dan bersepadu.
Di peringkat negeri, JPS telah mengadaptasi polisi pengurusan sungai sebagaimana yang telah digariskan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 yang menyatakan:
- memastikan pembangunan yang dijalankan mengambil kira elemen kesemulajadian sungai dengan mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tiada pelencongan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan dikonkrit. Setiap aktiviti pembangunan perlu dijalankan penilaian impak alam sekitar dan bukannya kajian kejuruteraan sahaja;
- memastikan projek pembangunan yang dijalankan mematuhi Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (Erosion and Sediment Control Plan – ESCP) dan mengaplikasikan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA).
- memastikan pengawalan aktiviti pembangunan di kawasan rizab sungai dengan pewartaan rizab sungai sebagai `zon perlindungan’.
Objektif utama Projek Tebatan Banjir Sg. Damansara (Pakej 1) yang bermula pada Ogos 2007 ini ialah untuk mengatasi masalah banjir di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kg. Kebun Bunga, Taman Mesra dan Taman Perindustrian Saujana Indah, Seksyen 13, Lebuhraya Persekutusan/NKVE serta beberapa kawasan di sepanjang Sungai Damansara, Shah Alam. Di antara komponen utama projek ini ialah pembinaan 3 buah kolam takungan banjir, 4 km ban tanah, 3.4 km temboh konkrit, 4 buah stesen pam, 42 buah pintu kawalan dan membuang halangan di 14 buah jambatan.
Lampiran A
Senarai Lokasi Log-Boom
Bil. Lokasi Sungai 1. 2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Daerah Sepang (5) Kg. Abu Bakar Baginda
Kg. Sg. Buah
Muka Sauk Syabas, Jenderam Hilir
Bukit. Tampoi
Kota Warisan
Daerah Kuala Langat (2)
Bukit Serdang
Layang Labi
Daerah Kuala Selangor (2)
Rantau Panjang Kg. Sg. Buloh
Daerah Petaling (4)
Tmn. Saujana Indah
Sg. Pencala
Taman Sri Muda
Seksyen 24, Shah Alam
Daerah Klang (2) Jln. Harper
Kg. Sg. Kandis
Sg. Air Hitam Sg. Semenyih Sg. Langat
Sg. Langat Sg. Labu
Sg. Langat
Sg. Langat
Sg. Selangor Sg. Buloh
Sg. Damansara
Sg. Pencala Sg. Klang
Sg. Klang
Sg. Klang
Sg. Klang
Lampiran B
Senarai Lokasi Gross Pollutant Trap (GPT)
- Kawasan Gombak
- Simpang 3 Gombak (2 unit)
- Lorong Changkat Lembah
- Lorong Sg. Mulia 5
- Taman Bolton
- Sri Gombak
- Teknik Gombak
- Kawasan Ampang
- Bandar Baru Ampang (2 unit)
- Ampang Waterfront
- Melayu Ampang
- Pandan Indah
- MPAJ