Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
101) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif atau langkah segera untuk menurap dan membaiki jalan yang berlubang dan rosak di DUN Bandar Baru Klang seperti Jalan Haji Sirat dan Jalan Kapar?
Inisiatif segera oleh pihak JKR Selangor dalam membaiki jalan yang berlubang dan rosak adalah berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Berdasarkan kepada SOP tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:
i) Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
ii) Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan Nonconformance Report (NCR) dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
iii) Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.
-
Berapakah peruntukkan bagi pembangunan infrastuktur di kawasan Bandar Baru Klang?
Peruntukan yang telah diperuntukkan di kawasan Bandar Baru Klang adalah seperti berikut: Bil Skop Kerja Tahun Tajuk Kerja Kos (RM) 1 Sebutharga MARRIS 2023 Kerja-kerja Mill and Pave di sebahagian jalan dan kerja berkaitan di Jalan Haji Sirat 447,036.00 2 Kontrak Jangka Panjang Penyenggaaan Jalan Negeri 2022 Kerja membaiki dan menurap semula sebahagian jalan serta kerja berkaitan di Jalan Haji Sirat di seksyen 0.70-0.96, 0.75-0.89,1.34-1.46,2.36-2.65,4.20-4.43 995,931.26 Jumlah Keseluruhan 1,442,967.26