Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
358) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos atau peruntukan bagi mengendali lampu isyarat di seluruh Negeri Selangor?
Pengendalian lampu isyarat (aset-aset milik JKR) di seluruh Negeri Selangor dilaksanakan secara jabatan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor.
Kos yang terlibat adalah bil elektrik bulanan iaitu purata RM 70.00 bagi 1 simpang. Jumlah keseluruhan simpang lampu isyarat di Selangor (aset JKR) adalah sebanyak 525 simpang menjadikan anggaran kos keseluruhan sekitar RM RM 36,750.00.
Selain itu, kos lain yang terlibat adalah kerja penukaran alatganti sekiranya komponen rosak/ terbakar. Peruntukan pembelian alatganti adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kerja Raya. (Bagi tahun 2023, tiada peruntukan pembelian alatganti diluluskan oleh KKR).
-
Adakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menggunakan lampu isyarat pintar?
Tiada arahan/ program Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan lampu isyarat pintar.
Projek perintis lampu isyarat pintar telah mula dilaksanakan pada Ogos 2023 di jalan persekutuan (melibatkan 7 simpang) dengan menggunakan peruntukan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM 1 Juta.
Simpang-simpang yang terlibat adalah seperti berikut:
- Simpang Tiga Kilang gula CSR
- Simpang Tiga Subang Hi-Tech
- Simpang Tiga Tol Ebor
- Simpang Tiga Proton Rahman Brothers
- Simpang Tiga Glenmarie
- Simpang Tiga Batu Tiga Lama
- Simpang Empat Giant 199