Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
323) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan untuk menyelenggara dan mengadakan lampu jalan di seluruh Negeri Selangor ?
Peruntukan untuk menyelenggara dan memasang lampu jalan di seluruh Negeri Selangor bagi Tahun 2023 adalah seperti berikut:
-
Dapat meningkatkan peratusan lampu jalan biasa digantikan dengan lampu led.
Sub-soalan telah di tolak
-
Adakah matlamat untuk memasang lampu led di jalan seluruh Negeri Selangor akan tercapai?
Bermula tahun 2020, polisi JKR Selangor bagi pemasangan baru lampu jalan di jalan negeri seluruh Selangor adalah menggunakan lampu jenis LED disebabkan faktor-faktor berikut:
- Lampu jenis cekap tenaga (energy efficiency) dan low carbon emission
- Mampu mengurangkan bil elektrik sebanyak 30% berbanding lampu konvensional (hpsv)
- Teknologi lampu LED telah stabil dan kos pasaran yang kompetitif
- Jangka hayat lampu LED lebih lama (50,000hrs) berbanding lampu hpsv (15,000hrs) (11 tahun vs 3 tahun)