Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
192) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini cadangan membina kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma di atas Lot PT 11747 Mukim Beranang, Hulu Langat Selangor?
Masjid Bandar Tasik Kesuma, Daerah Hulu Langat merupakan masjid yang akan dibina oleh pihak kariah melalui Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma. Permohonan pembinaan telah diluluskan oleh pihak MAIS melalui Jawatankuasa Tadbir Urus dan Surau Negeri Selangor (JATUMS). Sehingga bulan Mac 2021, pihak jawatankuasa penaja pembinaan telah berjaya mengumpul dana pembinaan berjumlah RM17.5 juta daripada RM20 juta yang disasarkan. Pihak jawatankuasa sedang berusaha mengumpul baki yang berjumlah RM2.5 juta. Pihak JAIS telah menandatangani pelan-pelan bagi Permohonan Kebenaran Merancang (KM). Buat masa ini pihak konsultan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid sedang memohon sokongan daripada jabatan/agensi teknikal sebelum permohonan rasmi Kebenaran Merancang (KM) dan lain-lain kelulusan yang diperlukan oleh tujuan pembinaan dapat dikemukakan. Projek pembinaan dijangka dapat dimulakan dalam tempoh enam (6) bulan akan datang sekiranya semua urusan kelulusan dokumentasi dapat diselesaikan.
-
Senaraikan masjid dan surau di kawasan Semenyih yang menerima bantuan Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2010-2021.
Senarai masjid dan surau di kawasan Semenyih yang menerima bantuan Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2010-2021 adalah seperti berikut :-
BIL LOKASI ANGGARAN (RM) TAHUN BAIK PULIH 1. Masjid Raja Muda Musa Semenyih 15,000.00 2012 2. Masjid Rincing Hulu 133,212.32 2016 3. Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra Fasa 6 107,948.28 2016 4. Masjid Bandar Rincing 159,750.00 2017