Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
176) INFRASRUKTUR DI TADOM HILL DAN PAYA INDAH WETLANDS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf pusat pelancongan terkenal ini khususnya jalan yang rosak akibat digunakan kenderaan berat pemaju?
Berdasarkan Cabutan Minit Mesyuarat Majlis Pembangunan Negara bilangan 5 tahun 2019 bertarikh 29 Julai 2019 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan antaranya:
- Cadangan Kerjasama strategik melibatkan Syarikat Gamuda Land sebagai operator kepada PERHILITAN di Paya Indah Wetlands dalam menambahbaik aktiviti-aktiviti sedia ada di Paya Indah Wetlands.
- Syarikat Gamuda Land dijangka akan melabur sebanyak RM11j dan akan menjana pendapatan sebanyak RM110j untuk tempoh 17 tahun.
- Pihak Discovery Wetlands Sdn Bhd (DWSB) yang merupakan anak Syarikat Gamuda Land telah menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah melibatkan DWSB dan juga Kerajaan Negeri pada 23 September 2020 yang antaranya bersetuju bagi menambah baik fasiliti ekopelancongan sedia ada di Paya Indah Wetlands dan meningkatkan potensi aktiviti pelancongan di Paya Indah Wetlands.
Draf Perjanjian Operasi dan Pengurusan Paya Indah Wetlands melibatkan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan juga Gamuda Land sedang diteliti oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Bagi isu jalan rosak akibat daripada penggunaan kenderaan berat pemaju, pihak Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA) masih dalam perancangan untuk kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur jalan di dalam Kawasan perkampungan Orang Asli Bukit Tadom. Walaubagaimanapun, cadangan naiktaraf di kawasan Bukit Tadom Hill Resort dan Paya Indah Wetlands adalah dibawah tanggungjawab pengusaha Bukit Tadom Hill Resort. Manakala di kawasan Paya Indah Wetlands adalah dibawah tanggungjawab pihak Berkuasa Tempatan.