Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
164) INFRASEL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah fungsi INFRASEL di setiap DUN? Nyatakan kos dan kerja-kerja yang telah dilakukan INFRASEL di DUN Semenyih?
INFRASEL adalah pemegang konsesi bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri di Negeri Selangor. Kerja-kerja yang dilaksanakan tertakluk dibawah kontrak kerja peyelenggaraan jalan Negeri di Negeri Selangor Darul Ehsan. Oleh yang demikian, INFRASEL akan melaksanakan kerja rutin dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan berkaitan kerosakan jalan di jalan-jalan negeri di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Untuk makluman kos dan kerja-kerja rutin yang diperuntukkan adalah mengikut panjang jalan negeri daerah. Peruntukan bagi daerah Hulu Langat adalah sebanyak RM247,918.46 sebulan bagi panjang 226.62 km melibatkan kerja-kerja rutin. Tiada pecahan kos mengikut DUN.