Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
163) INFRA SUKAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah kemudahan sukan yang bukan aliran utama seperti Ragbi dan Hoki yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor di setiap daerah.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah menyenaraikan 17 jenis sukan teras untuk dibangunkan oleh semua negeri dalam Malaysia. Walaupun bukan semua jenis sukan disenaraikan dalam sukan teras namun terdapat fasiliti sukan sedia ada yang boleh digunakan oleh sukan bukan teras tersebut iaitu dengan menggunakan kemudahan yang tidak mempunyai spesifikasi khas seperti sukan pingpong, silat, judo, karate-do, taekwondo yang dijalankan di dalam dewan manakala penggunaan padang pula seperti sukan ragbi dan kriket.
Kerajaan Negeri melihat keperluan setiap sukan yang tidak popular ini sentiasa diberi kemudahan yang sama bagi memberikan peluang dan ruang kepada atlet-atlet berlatih untuk tujuan pembangunan sukan.
Namun begitu, terdapat juga sukan-sukan bukan sukan utama yang memerlukan kemudahan khusus seperti hoki, skuasy, petanque, boling padang, tenpin bowling, tenis dan sebagainya. Oleh yang demikian, sukan-sukan tersebut boleh menggunakan fasiliti sukan sedia ada di PBT atau PDT masing-masing manakala bagi sukan seperti berikut mempunyai tempat yang khusus untuk latihan.
Sukan Tempat Daerah Hoki Stadium Hoki MBPJ Petaling Squasy Astaka MBPJ Petaling Petanque Kompleks Petanque Negeri Selangor Kuala Selangor Boling Padang Kompleks Boling Padang, Seksyen 13 Shah Alam Petaling Gelanggang Tinju Gelangang Tinju Sabak Bernam Sabak Bernam Gimrama Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling Gimnastik Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling Tempur Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling Muay Thai Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling Bola Keranjang Bola Keranjang Bukit Tinggi, Klang Klang Renang Pusat Akuatik, Serksyen 13 Shah Alam Petaling Renang Kompleks Sukan MBPJ Petaling Tenis Kompleks Sukan Kelana Jaya Petaling Angkat Berat Pusat Angkat Berat Hulu Langat Hulu langat