Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

200) INFRA PERTANIAN KIAN USANG & PERLU DIGANTI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Infra pertanian yang kian usang dan perlu diganti untuk menampun kapasiti penghasilan tanaman seperti palong pengairan, kunci air dan jalan ban. Apakah langkah jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasii masalah fasiliti usang ini?

    Kawasan Sawah Sempadan di Tanjung Karang merupakan kawasan jelapang padi di bawah seliaan pihak IADA Barat Laut Selangor manakala pengoperasian adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor yang berpotensi untuk mengeluarkan hasil padi yang tinggi berdasarkan kepada keupayaan semasa penanaman padi iaitu dua (2) kali setahun.

     

    Namun begitu, keadaan sistem tali air palong yang usang dan tidak berfungsi dengan sempurna menyumbang kepada berlakunya isu bekalan air yang tidak mencukupi ke kawasan penanaman padi dan menyebabkan hasil pengeluaran padi terjejas sekaligus tidak mencapai sasaran pengeluaran padi setahun iaitu sebanyak 5 tan sehektar. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, beberapa langkah telah dirangka melibatkan langkah jangka pendek, sederhana sehingga ke langkah jangka panjang. Oleh itu, bagi meningkatkan mutu pengeluaran dan penghasilan tanaman yang progresif, berikut adalah langkah penyelesaian yang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor:-

     

    1. Langkah Jangka Pendek
      • Pelaksanaan kerja-kerja membaikpulih sekiranya didapati berlaku kerosakan pada palong, kunci air atau jalan ban melalui Peruntukan Mengurus Negeri sedia ada.

     

    2. Langkah Jangka Sederhana

    • Pelaksanaan kerja pembaikan dan penyelenggaraan struktur pengairan dan jalan pertanian menerusi peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) seperti butiran berikut:-

     

    • Waran Persekutuan Kecil P21 10013 – Penyelenggaraan Sistem Pengairan dan Saliran Pertanian Bagi Kawasan Jelapang dan Luar Jelapang Serta Kawasan Pertanian.
    • Waran Peruntukan Kecil P21 14800 – Menaiktaraf Jalan Pertanian di Kawasan Jelapang dan di Luar Kawasan Jelapang.

     

    iii)   Langkah Jangka Panjang

    • Pelaksanaan projek menaiktaraf palong sedia ada. Butiran projek adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Struktur Taliair Palong dan Sistem Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut 12,900,000.00 Penyediaan Pelan oleh Juruukur bagi Seksyen 4 dan Seksyen 8 untuk Pengambilan Balik Tanah
    2. Projek Menaiktaraf Taliair Konkrit dan Sistem Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor, Kawasan Pengairan Pasir Panjang, Selangor 55,000,000.00 Peringkat Pelantikan Perunding Reka Bentuk
      Jumlah 67,900,000.00    
  2. Sejauh mana kerjasama antara agensi negeri dengan pusat dalam menangani masalah ini?

    IADA Barat Laut Selangor sentiasa bekerjasama dengan JPS Daerah bagi membincangkan isu dan permasalahan di lapangan berkaitan pengairan kawasan padi. Antara platform rasmi yang digunakan ialah Mesyuarat Bekalan Air yang diurusetiakan oleh IADA Barat Laut Selangor dan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek-Projek Fizikal di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang diurusetiakan oleh JPS dan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek-Projek Fizikal di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang diurusetiakan oleh JPS. Dua mesyuarat ini dilaksanakan setiap tahun untuk penyelarasan infrastruktur pengairan di sawah antara JPS dan IADA Barat Laut Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.