Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
190) INFRA PAIP LAMA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan tempat dan kos penukaran dan pembaikan paip air lama di Selangor mengikut daerah.
Program penggantian paip telah dilaksanakan adalah merupakan program yang akan dilaksanakan setiap tahun secara berterusan. Sehingga Julai 2021, Air Selangor telah membelanjakan sejumlah RM805 Juta bagi melaksanakan program penggantian paip yang dibiayai melalui peruntukan dalaman Air Selangor, geran dan pinjaman Kerajaan Negeri. Senarai kawasan penggantian paip setakat Julai 2021 mengikut daerah adalah seperti Lampiran A.