Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
231) INFRA KEMUDAHAN SUKAN LUAR BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kategori dan nilai kerja bagi baikpulih padang futsal, badminton, takraw dan bola sepak? Senaraikan.
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesukanan. Justeru itu, dalam usaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti kemudahan sukan, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6,680,000.00 untuk projek membaikpulih kemudahan sukan di Negeri Selangor termasuk peruntukan untuk membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan sukan di peringkat DUN seperti gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang, badminton dan bola jaring. Namun, kemudahan sukan ini adalah tidak termasuk untuk membaikpulih taman
Kerajaan Negeri tidak menetapkan kategori atau nilai kerja yang spesifik untuk sesuatu projek. Namun, sebarang perancangan pembangunan infrastruktur sukan perlu dibuat berdasarkan kajian yang teliti oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya infrastruktur tersebut dapat dioptimakan penggunaannya. Sehubungan itu, pihak DUN perlu membuat permohonan lengkap melalui PBT bagi Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan di DUN masing-masing.
Seterusnya, Pihak PBT perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri dengan mengemukakan “Bill of Quantity” (BQ) dan peruntukan akan disalurkan kepada PBT berdasarkan kepada Surat Setuju Terima (SST). Walau bagaimanapun, proses pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan- kemudahan sukan tersebut adalah di bawah kawalselia PBT.
-
Adakah bilangan jumlah permohonan melebihi daripada peruntukan tahunan?
Kerajaan Negeri menerima banyak permohonan untuk Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Insfrastruktur Sukan di Negeri Selangor iaitu daripada Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor, Ahli Dewan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada setiap
Justeru itu, bilangan jumlah permohonan yang diterima adalah melebihi daripada peruntukan tahunan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menilai dan mengutamakan keperluan kepada Projek-projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Insfrastruktur Sukan di Negeri Selangor yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera.