Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
166) INFRA BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bolehkah dibina Dataran Anak Muda bagi setiap kampung atau berpandukan bagi setiap kepadatan penduduk?
Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai keperluan untuk membina Dataran Anak Muda bagi setiap kampung atau berpandukan bagi setiap kepadatan penduduk. Sehingga kini, sebanyak 30 Dataran Anak Muda telah dibina melalui Geran Selangorku seperti jadual di bawah :-
BIL. NAMA PROJEK DUN 1. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Bandar Baru Puncak Alam Jeram 2. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Pekan Bestari Jaya
Ijok 3. Kerja-kerja pembinaan gelanggang serbaguna futsal di Taman Kota Sungai Rambai, Daerah Kuala Langat Sijangkang 4. Kerja-kerja pembinaan gelanggang serbaguna futsal di Kampung Batu Laut, Daerah Kuala Langat Tanjung Sepat 5. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Padang Astaka Tg Karang Sungai Burong 6. Pembinaan Gelanggang Futsal dan Bola Jaring di Pejabat SUK Selangor Kota Anggerik 7. Kerja-kerja membaikpulih/membina gelanggang sukan serbaguna dan dataran anak muda di Pekan Meru Meru 8. Membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Taman Jati Mukim Rawang 1 Rawang 9. Membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Jalan H1, Taman Melawati, Mukim Hulu Kelang Hulu Kelang 10. Membina sebuah padang futsal di Padang Permainan Seksyen 1, Kajang Utama
Bangi 11. Pembinaan gelanggang futsal/ takraw/ badminton di Jalan Pandan 8/Jalan Pandan 7, Pandan Jaya Cempaka 12. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Kg. Parit Serong Permatang 13. Kerja-kerja membina gelanggang serbaguna dan dataran anak muda di kawasan bersebelahan dewan orang ramai Sungai Pelek
Sungai Pelek 14. Cadangan kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah gelanggang sukan serbaguna futsal, bola jaring dan sepak takraw termasuk dataran dan lain-lain yang berkaitan di Kawasan Kampung Sekolah/Taman Seri, Batang Kali Batang Kali 15. Kerja-kerja membina gelanggang sukan serbaguna dan dataran anak muda di Jalan Dato’ Dagang 17A, Taman Sentosa Sri Andalas 16. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna di Gugusan Semarak Seksyen 4, Kota Damansara Kota Damansara 17. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda berhampiran masjid dan dewan di Kg Kanchong Tengah Morib 18. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Jalan 1, Taman Ampang Jaya
Bukit Antarabangsa 19. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda berdekatan dengan Tasek Biru Kuang Kuang 20. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Taman Kantan Permai Kajang 21. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan Dataran Kejat di DUN Bukit Lanjan, Taman Kayu Ara Indah
Bukit Lanjan 22. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Taman Sri Nanding Dusun Tua 23. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Taman Bidara, Selayang
Taman Templer 24. Pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna dan dataran anak muda di Kg. Baru Batu Caves Batu Caves 25. Membina dan menyiapkan dataran anak muda di Kampung Tasek Tambahan, Ampang
Lembah Jaya 26. Pembinaan gelanggang serbaguna di Jalan PU 2/29 Taman Puncak Jalil Seri Kembangan Seri Serdang 27. Pembinaan gelanggang serbaguna di Padang Mahkota, Banting Teluk Datok 28. Pembinaan gelanggang serbaguna di Kampung Pasir Baru, Semenyih Semenyih 29. Membina gelanggang bola keranjang baru di Taman Maju Jaya Cheras, antara Lorong Bunga Melati 1A dan Lorong Bunga Melor 3.
Teratai 30. Pembinaan gelanggang serbaguna di kawasan lapang sebelah Dewan Meranti, Bandar Bharu Sg Buloh Paya Jaras -
Bolehkah dipertingkatkan kepada aktiviti sukan lasak pada dataran sedia ada?
Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung perkara tersebut namun kemudahan Dataran Anak Muda atau Serbaguna sedia ada yang telah dibina adalah mengikut spesifikasi pembinaan bangunan-bangunan bagi aktiviti sukan seperti futsal, badminton, bola jaring dan sepak